Suntik motivasi kepada lepasan SPM

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

AYER KEROH 23 jun – Seramai 140 pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah mengikuti Program Pembangunan Diri anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (ICYM), baru-baru ini.

Program itu membabitkan pelajar yang mengambil Sijil Program Intro Career (PIC) iaitu kursus pendek selama dua bulan sebelum mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Ketua Fasilitator merangkap Ketua Jabatan Kaunseling ICYM Noriza Hussain berkata, program tersebut bukan sahaja membabitkan aspek teori dan praktikal, bahkan turut merangkumi pelbagai aktiviti motivasi, kepimpinan dan ‘team building’ yang berbeza dengan kursus motivasi lain.

“Program ini diadakan sekitar dua hingga tiga jam pada setiap Jumaat selama sembilan minggu.

“Pelbagai aktiviti dilaksanakan termasuklah membabitkan fizikal dan mental serta penerapan kemahiran kaunseling, selain penggunaan alat pengujian psikologi turut diimplimentasi pada program ini,” katanya.

Salah seorang peserta Arra Batrisya Mohd Farid, 18, menyifatkan program tersebut telah memberikannya banyak pengalaman berharga dalam menempuh cabaran akan datang.

“Seronok ekrana dapat menjalani pelbagai aktiviti menarik dan pada masa sama ia juga membuka peluang yang luas kepada kami berinteraksi di antara satu sama lain,” katanya.

Nada sama turut dizahirkan Morientes Wael Gunyah Anak Menggu yang dapat meningkatkan kemahiran sosialnya sepanjang program tersebut.

Sementara itu, Pengurus Besar Hal Ehwal Pelajar ICYM berharap program tersebut dapat membantu peserta mengharungi alam pengajian tinggi dan pekerjaan pada masa akan datang.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1441
Kongsi :
Previous post Pelajar universiti penyambung legasi dondang sayang
Next post Kerajaan Negeri Melaka sumbang lembu korban untuk setiap DUN
Ubah saiz-+=