Sungai Melaka bergema alunan selawat

Masa Membaca:1 Minit, 13 Saat

BANDARAYA MELAKA 3 Oktober – Seramai 600 peserta menelusuri Sungai Melaka dengan alunan selawat pada Program Sungai Berselawat 2.0 pada 28 September lalu.

Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) dalam satu kenyataan memaklumkan program tersebut disertai wakil dari 28 buah Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dan melibatkan sebanyak 15 buah bot Melaka River Cruise.

Program anjuran PPSPM dengan kerjasama Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) itu merupakan sebahagian acara yang diadakan bersempena sambutan Maulidur Rasul 1445 Hijrah.

“Program ini diadakan bermatlamat untuk menyemarakkan lagi sambutan Maulidur Rasul 1445 Hijrah/2023 Masihi serta mempromosikan produk pelancongan utama negeri, iaitu Melaka River Cruise.

“Selain wakil 28 DUN, program Sungai Berselawat 2.0 ini juga turut melibatkan kariah Masjid Fahtulrahman, Pengkalan Rama serta beberapa ahli dari persatuan dan badan bukan kerajaan (NGO),” kata kenyataan itu.

WhatsApp Image 2023-10-02 at 18.28.32
ANTARA peserta yang mengalunkan selawat di atas bot Melaka River Cruise pada program Sungai Berselawat 2.0.

Tambah PPSPM, program itu juga secara tidak langsung dapat mempromosikan destinasi pelancongan menarik di Sungai Melaka kepada pelancong dalam dan luar negara.

Pada masa sama, ia turut menyemarakkan rasa kecintaan kepada nabi dan rasul, selain mengajak pelancong beragama Islam di sekitar Sungai Melaka bersama-sama berselawat ke atas junjungan Nabi Muhamad SAW.

Untuk rekod, Sungai Berselawat 2.0 merupakan edisi kedua dianjurakan selepas Januari lalu yang melibatkan seramai 300 peserta dan 12 buah bot Melaka River Cruise.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1851
Kongsi :
Previous post Jerebu: Golongan berisiko dinasihat peka amaran, keadaan semasa
Next post Fazil Group luaskan empayar buka kedai emas
Ubah saiz-+=