Sorting by

×

Sumber air Melaka mampu bertahan lagi biarpun cuaca panas

Masa Membaca:1 Minit, 22 Saat

SUNGAI UDANG 22 Feb. – Kerajaan negeri yakin bekalan air mentah mencukupi bagi mampu menampung keperluan setiap isi rumah di Melaka biarpun perubahan cuaca panas berlaku dalam tempoh lama tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Daerah, Luar Bandar, Pengurusan Banjir dan Teknologi Hijau negeri, Datuk Seri Idris Haron berkata, semua kawasan takungan air di negeri ini berada pada kadar positif dengan tahap 86 peratus sekali gus diyakini mampu bertahan sehingga Mei depan.

“Dengan sumber air ini kita mampu menyalurkan bekalan sebanyak 110 juta gelen air sehari kepada rakyat di seluruh Melaka dan ini sekurang-kurangnya mampu menarik nafas lega rakyat berbanding apa yang berlaku pada tahun lalu.

“Selain itu, saluran kemasukan air dari negeri jiran juga berjalan dengan lancar dan diuruskan dengan baik dan efektif bagi menampung bekalan bekalan kepada isi rumah.

“Bagaimanapun kita juga menerima maklumat dari Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) bahawa jangkaan hujan akan turun sekitar kawasan pesisir pantai Melaka pada empat hinggal lima hari ini dan diharapkan hujan ini akan berlarutan sehingga ke kawasan tadahan air yang lain termasuk di Batu Berendam dan Durian Tunggal,” katanya pada sidang media di Kompleks Japerun Sungai Udang, di sini hari ini.

Baru-baru ini MetMalaysia melaporkan, Fasa akhir Monsun Timur Laut dengan taburan hujan yang agak rendah menjadi penyebab kepada berlakunya cuaca panas yang dijangka hingga April ini.

Fenomena biasa tahunan itu berlaku pada Februari hingga April setiap tahun bagaimanapun jabatan itu tidak menjangka keadaan panas luar biasa akan berlaku pada tahun ini.

Menurutnya, cuaca agak panas yang dialami di kebanyakan kawasan di negara ini dalam tempoh ini dijangka beransur reda bermula pertengahan April ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

710
Kongsi :
Previous post Pejabat Ketua Menteri agih pelitup muka di 77 sekolah menengah Melaka
Next post PKRCS diwujudkan di negeri ini tampung pekerja positif COVID-19
Ubah saiz-+=