Sorting by

×

SUMBANGAN UKIR SENYUMAN MASYARAKAT TIONGHOA ALOR GAJAH

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

ALOR GAJAH 23 Januari – Seramai 175 masyarakat Tionghoa dalam Parlimen Alor Gajah menerima sumbangan Tahun Baru Cina 2025 daripada Kerajaan negeri menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka.

Penyampaian sumbangan itu telah diadakan di Dewan Penyayang, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Alor Gajah.

Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri Datuk Fairul Nizam Roslan berkata, secara keseluruhan sebanyak RM35,000 telah diperuntukkan kepada Parlimen Alor Gajah bagi sumbangan Tahun Baru Cina, tahun ini.

Jelas beliau, sumbangan tersebut merupakan tanda keprihatinan Kerajaan Negeri dalam memastikan kebajikan rakyat terus terbela setiap kali musim perayaan.

“Pada majlis ini, seramai 175 orang penerima yang terdiri daripada golongan warga emas, ibu tunggal, Orang Kurang Upaya (OKU) dan keluarga kurang berkemampuan telah menerima manfaat daripada sumbangan ini.

“Terima kasih diucapkan kepada Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh yang sentiasa memastikan kebajikan rakyat terus diutamakan.

“Semoga sumbangan ini membawa manfaat besar kepada semua penerima dan menyemarakkan semangat perayaan Tahun Baru Cina di Negeri Melaka,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook beliau.

Terdahulu, majlis penyampaian sumbangan itu turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machap Jaya merangkap Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Datuk Ngwe Hee Sem; Adun Durian Tunggal merangkap Timbalan Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri Datuk Zahari Abd Kalil serta Pengarah JKM Negeri Melaka Halyjah Muhamad.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

237
Kongsi :
Previous post TEKNOLOGI DRON REVOLUSI SEKTOR PERTANIAN, JIMATKAN MASA
Next post MPHTJ PERJELAS ISU PENUTUPAN, PENAMATAN KONTRAK KOLAM AIR PANAS DI BEMBAN
Ubah saiz-+=