
Sumbangan tunai Rahmah: Pemohon diminta kemas kini permohonan – LHDN
LHDN dalam kenyataan hari ini memaklumkan penerima yang tidak mengemas kini permohonan tiga tahun berturut-turut sepanjang pelaksanaan Bantuan Sara Hidup 2020, Bantuan Prihatin Rakyat 2021 dan Bantuan Keluarga Malaysia 2022 perlu berbuat demikian.
Selain itu, penerima STR fasa satu yang mempunyai perubahan maklumat terkini perlu mengemas kini permohonan.
“Sebagai panduan mengenai permohonan baharu dan kemas kini maklumat STR, pemohon boleh membuat rujukan kepada set Soalan Lazim (FAQ) STR 2023 dan yang telah dimuat naik pada portal rasmi STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my/,” menurut kenyataan itu.
Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan, pemohon boleh menghubungi talian Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 atau 603-8911 1100 (luar negara), Hasil Live Chat serta mengemukakan maklum balas di portal rasmi HASiL di https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/public.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KETUA MENTERI SOLAT SUNAT AIDILFITRI BERSAMA LEBIH 500 PENDUDUK KAMPUNG PULAU
TANJUNG BIDARA 31 Mac - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama lebih 500...
TYT BERSAMA 10,000 UMAT ISLAM TUNAI SOLAT SUNAT AIDILFITRI DI MASJID AL-AZIM
PENGKALAN BATU 31 Mac - Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam dan isteri Toh Puan...
UMAT ISLAM DI MALAYSIA SAMBUT AIDILFITRI ESOK
KUALA LUMPUR 30 Mac - Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri esok, demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar...
TYT, KM HADIR CERAPAN HILAL SYAWAL
TANJUNG BIDARA 30 Mac - Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam, hadir ke Majlis Cerapan...
TIGA LELAKI LARI PEMERIKSAAN POLIS DIBERKAS
KUCHING 30 Mac - Polis berjaya memberkas tiga lelaki yang melarikan diri daripada pemeriksaan di Jalan Green di sini awal...
BUTA MATA TAPI CELIK HATI, MUHAMMAD HAFIZUDDIN ‘BILAL CILIK’ MASJID
GEORGE TOWN 30 Mac - Penglihatannya mungkin tidak sesempurna orang lain, namun itu tidak menghalang Muhammad Hafizuddin Muhammad Amirul Hakim...