
Sumbangan katil, mesin oksigen ceriakan Zaili
MASJID TANAH 8 Ogos – Seorang wanita kini uzur dan bergantung sepenuhnya kepada suami bagi melakukan aktiviti harian, mendapat perhatian Badan Sukarelawan Al-Taqwa (BSAT) Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).
Menerusi perkongsian Facebook rasmi MAIM, wanita berkenaan Zaili Talib, 60, kini tidak boleh banyak bergerak dan lebih banyak menghabiskan masa diatas katil berikutan masalah darah tinggi serta jantung yang dihidapinya.
Ketika ini Zaili yang dijaga dan diuruskan oleh suaminya juga perlu ke Hospital Melaka bagi mendapatkan rawatan susulan mengikut jadual sudah ditetapkan doktor.
“Bagi memberikan keselesaan dan memudahkan urusan Zaili, BSAT MAIM menyampaikan sumbangan katil boleh laras dan mesin oksigen. Insya-Allah dengan bantuan disampaikan dapat meringankan beban suami Zaili yang menjaganya.
“Meskipun masalah kesihatannya serius, namun semangat Zaili melawan penyakit dihidapi amat tinggi, dia mahu kembali sihat,” katanya.
Sumbangan itu disampaikan oleh Timbalan Pengerusi MAIM, Datuk Wira Md Rawi Mahmud di kediaman makcik Zaili di Taman Bidara Jaya, di sini, ketika program ziarah pada Jumaat.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TENDER KONTRAK SEWAAN BLACK HAWK SEDANG DINILAI
DURIAN TUNGGAL 16 Mac - Kementerian Pertahanan (MINDEF) kini dalam peringkat penilaian sebelum memutuskan untuk membuka semula tender kontrak sewaan...
LELAKI HILANG TIGA HARI DITEMUKAN MAUT DALAM LONGKANG
IPOH 16 Mac - Seorang lelaki berumur 42 tahun yang dilaporkan hilang sejak tiga hari lepas ditemukan maut di dalam...
SUAMI ISTERI MAUT DALAM KEMALANGAN DI BATU PAHAT
BATU PAHAT 16 Mac - Pasangan suami isteri maut dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Kilometer 128.3 Lebuhraya Utara...
PENJENAYAH DITEMBAK MATI DI BESUT DIPERCAYAI TERLIBAT PENGEDARAN DADAH
KUALA TERENGGANU 16 Mac - Polis percaya suspek yang ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan di Besut awal pagi tadi...
BENTUK MAHASISWA HARUMKAN NAMA MASJID TANAH
LENDU 16 Mac - Lebih 200 penuntut universiti diraikan pada program Meet & Iftar Mahasiswa Masjid Tanah berlangsung di sebuah...
AHLI KRT BERGOTONG-ROYONG SIAPKAN BUBUR LAMBUK
DUYONG 16 Mac - Ahli Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dari 10 KRT bergotong-royong menyiapkan 15 kawah bubur lambuk bersempena Program...