Sumbangan Deepavali bantu penerima buat persiapan

Masa Membaca:1 Minit, 18 Saat

AYER KEROH 30 Oktober – Warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan ibu tunggal antara golongan B40 yang diraikan dan menerima sumbangan pada Majlis Penyampaian Sumbangan Deepavali Peringkat Negeri Melaka 2023 di Dewan Mini Stadium Bistari, di sini, semalam.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri, Datuk Kalsom Noordin berkata, semua penerima berkenaan adalah individu yang sudah dikenal pasti benar-benar layak.

Kalsom berkata, sumbangan itu bertujuan membantu penerima berkeperluan bagi melakukan persediaan menyambut perayaan Hari Deepavali pada 12 November depan.

“Sumbangan ini secara tidak langsung menzahirkan tanda keprihatinan Kerajaan Negeri dalam membantu golongan memerlukan dalam suasan harmoni dan bermuafakat.

“Kali ini sumbangan disalurkan kepada 1,000 penerima,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyampaian Sumbangan Deepavali Peringkat Negeri Melaka 2023 di Dewan Mini Stadium Bistari di sini hari ini yang disempurnakan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Sementara itu penerima yang ditemui meluahkan rasa syukur dengan sumbangan diterima dan menyifatkannya sebagai ‘rezeki’ pada saat-saat akhir sebelum Deepavali.

Seorang penerima, GK Yogeswaran, 40, berkata, sumbangan yang diterima itu bakal memeriahkan lagi Deepavali yang akan disambut bersama keluarga nanti.

“Dengan wang sumbangan daripada Kerajaan Negeri ini dapatlah saya membeli pakaian baharu buat anak-anak untuk mereka gayakan pada perayaan kali ini.

“Terima kasih kepada Kerajaan Negeri sentiasa menghulurkan bantuan kepada golongan memerlukan,” katanya.

Sementara itu M Vallarmathy, 54, berkata sumbangan yang diterima memberi sinar harapan pada perayaan Hari Deepavali tahun ini.

“Ini pertama kali saya menerima sumbangan daripada Kerajaan Negeri dan sedikit sebanyak ianya meringankan beban kami sekeluarga,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

996
Kongsi :
Previous post Program berteraskan kerohanian warnai TMM2024
Next post PM Anwar merafak sembah ucapan tahniah kepada Sultan Johor yang dipilih sebagai Agong ke-17
Ubah saiz-+=