
Sultan Selangor, Sultan Perak berkenan ziarah Tun Rahah
KUALA LUMPUR, 19 Dis – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berangkat tiba untuk memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah Tun Rahah Mohamed Noah di Masjid Ar-Rahah, Kampung Kerinchi di sini hari ini.
Sultan Sharafuddin yang diiringi Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin, tiba di masjid berkenaan pada 9.15 pagi, sementara Sultan Nazrin tiba bersama Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim pada 9.50 pagi.
Antara tetamu kenamaan yang dilihat hadir pada upacara bermula pada 9 pagi itu ialah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.
Tun Rahah, 87, meninggal dunia di Pusat Perubatan Prince Court, petang semalam. -BERNAMA
Berita penuh menyusul
Views:
Related
Berita Lain
KES BUNUH WANITA DAN ANAK SAUDARA, POLIS RAKAM KETERANGAN LIMA SAKSI
KUALA LUMPUR 27 April - Lima saksi termasuk jiran serta ahli keluarga seorang wanita dan anak saudaranya yang ditemukan mati...
BERAYA DI DUYONG JADI TRADISI RAKYAT SETIAP TAHUN
DUYONG 27 April - Jamuan Raya Tak Rileks@DUYONGKita membuktikan bahawa penganjuran itu bukan sekadar majlis untuk bersama-sama meraikan Aidilfitri bukan,...
BUKTIKAN ANDA JUGA BOLEH BERJAYA – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 27 April - Percaya kepada diri sendiri, bersemangat untuk terus belajar, menerima nasihat dan sentiasa berusaha memperbaiki diri...
MELAKA KOMITED MENCORAK PEMIMPIN MUDA BERWIBAWA
TANJUNG BIDARA 27 April - Melahirkan lebih ramai pemimpin muda berwibawa dan kaya dengan pelbagai idea segar yang mampu memberikan...
‘BUKAN RAYA BIASA’
DUYONG 27 April - Jamuan Raya Tak Rileks@DUYONGKita membuktikan bahawa suasana Hari Raya Aidilfitri bukan sekadar satu acara biasa, tetapi...
LALUAN SEHALA DI PEKAN DURIAN TUNGGAL
DURIAN TUNGGAL 27 April - Pekan Durian Tunggal akan menjadi laluan sehala dalam usaha mengatasi masalah kesesakan trafik yang sudah...