Sorting by

×

Sultan Nazrin terima menghadap Perdana Menteri di Istana Kinta

Masa Membaca:40 Saat

IPOH, 2 Dis – Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Kinta di sini.

Sesi menghadap bermula kira-kira 10.50 pagi dan pertemuan itu berlangsung kira-kira sejam, selepas kenderaan Proton Perdana yang membawa Anwar dilihat keluar dari perkarangan Istana Kinta pada pukul 12 tengah hari.

Sesi menghadap Sultan Nazrin Shah itu yang pertama buat Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun, sejak Pengerusi Pakatan Harapan itu dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10 pada 24 Nov.

Selepas sesi menghadap itu, Anwar dijadualkan mengadakan sesi tinjauan mesra bersama warga Parlimen Tambun di Pasar Awam Tanjung Rambutan, menunaikan solat Jumaat, serta menghadiri Kenduri Rakyat di Masjid Muhammad Al Fateh, Taman Jati, sebelum kembali ke ibu negara.

— BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1674
Kongsi :
Previous post MARA suntik semangat abang mekanik
Next post Alor Gajah hujan lebat sehingga petang
Ubah saiz-+=