Sultan Ibrahim titah akan laksana tanggungjawab dengan jujur, penuh timbang rasa

Masa Membaca:1 Minit, 55 Saat

Sementara itu, Sultan Ibrahim menzahirkan penghargaan di atas keberangkatan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah dan isteri Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha.

Seri Paduka Baginda turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Raja Bahrain Sheikh Hamad bin Isa Al Khalifa kerana sudi berangkat ke istiadat pertabalan itu, yang menandakan hubungan erat kedua-dua negara.

“Saya juga menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada semua Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dan wakil-wakil Baginda yang sudi berangkat di dalam majlis ini. Saya turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang hadir di sini dan juga yang mengutuskan ucapan tahniah, serta iringan doa sempena pertabalan saya sebagai Yang di-Pertuan Agong pada hari ini,” titah Sultan Ibrahim.

Seri Paduka Baginda turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan istiadat pertabalan hari ini serta semua majlis yang dianjurkan.

“Akhir kata, marilah kita berdoa ke hadrat Allah SWT, semoga negara Malaysia akan terus maju dan makmur, serta seluruh rakyatnya kekal hidup bersatu-padu, aman sentosa dan bahagia,” titah Seri Paduka Baginda.

Sultan Ibrahim ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 dalam istiadat penuh tradisi dan adat raja-raja Melayu di Balairung Seri, Istana Negara pagi ini, yang melakar satu lagi peristiwa bersejarah dan bermakna bagi Malaysia.

Sultan Ibrahim telah melafaz dan menandatangani Surat Sumpah Jawatan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Jan. – BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

51
Kongsi :
Previous post Ikrar Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-17
Next post Pertabalan Sultan Ibrahim Hampir lengkapkan pusingan kedua penggiliran Yang di-Pertuan Agong
Ubah saiz-+=