
Sulaiman ucap tahniah kepada Mohd Zaidi
BANDA HILIR 30 Ogos – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali mengucapkan tahniah kepada wakil rakyat baharu Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, Mohd Zaidi Aziz.
Mohd Zaidi, 43, dari Barisan Nasional (BN) memperoleh majoriti 10,945 undi bagi Pilihan Raya Kecil PRK DUN Slim yang berlangsung semalam.
Menurut Sulaiman, kemenangan BN yang mempertahankan kerusi DUN Slim adalah mandat dan kepercayaan diberikan rakyat.
“Saya ucapkan syabas dan tahniah kepada BN dan Muafakat Nasional yang berjaya mendapat kemenangan dengan majoriti besar.
“Ini adalah gambaran diberikan oleh rakyat jika akan datang mungkin akan ada pilihan raya,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Voluntourism Semarak Pelancongan, Seni dan Budaya: Kacau Dodol di Muzium Rakyat di Jalan Kota.
Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan negeri Datuk Muhammad Jailani Khamis.
Menurut beliau dengan kemenangan PRK Slim semalam juga, mana-mana parti yang hendak bertanding jika ada sebarang pilihannya perlulah bersiap sedia.
Views:
Related
Berita Lain
RM2.5 JUTA DIPERUNTUKKAN UNTUK DANA KASIH NIAGA
SERI NEGERI 29 April - Sejumlah RM2.5 juta diperuntukkan Kerajaan Negeri di bawah Dana Kasih Niaga sejak 2021 sehingga 2023...
SAMB LAKSANA KERJA GANTIAN PAIP USANG DI SUNGAI UDANG
SERI NEGERI 29 April - Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) akan melaksanakan kerja-kerja menaik taraf sistem retikulasi di Sungai Udang...
4 STRATEGI PACU MELAKA JADI NEGERI CONTOH
SERI NEGERI 29 April - Kerajaan Negeri menggariskan empat strategi dalam memacu Melaka terus ke hadapan dan menjadi negeri contoh...
4,000 LAMPU SOLAR BAKAL TERANGI MELAKA
SERI NEGERI 29 April - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluluskan peruntukan berjumlah RM4 juta bagi pemasangan 4,000 unit...
PEMERKASAAN EKONOMI, KESEJAHTERAAN RAKYAT TUMPUAN SIDANG DUN MELAKA
SERI NEGERI 29 April - Persidangan Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Kelima Belas yang berlangsung 25, 28...
SISTEM MAKLUMAT HOSPITAL MELAKA DINAIK TARAF
SERI NEGERI 29 April - Sistem Maklumat Hospital (HIS) yang terletak bersebelahan projek pembinaan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Melaka di...