Sulaiman solat berjemaah di masjid bersejarah Pulau Pinang

Masa Membaca:1 Minit, 31 Saat

GEORGETOWN 13 Jun – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali singgah di Masjid Melayu Lebuh Acheh, antara masjid tertua di Pulau Pinang untuk menunaikan solat Isyak berjemaah.

Masjid yang terletak dalam lingkungan Tapak Warisan Dunia di bandar itu menjadi antara persinggahan delegasi Melaka yang menjalankan program Seminar Semarak Pelancongan Sesi Padanan Niaga Revitalise dan Rejuvenate Melaka 2022 di Pulau Pinang, hari ini.

Hadir sama, EXCO Pelancongan, Datuk Muhammad Jailani Khamis dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow serta tetamu lain.

Masjid bersejarah itu dibina lebih 200 tahun yang lalu dan antara mercu bersejarah di negeri yang diiktiraf Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) itu.

Masjid berkenaan yang dibina pada 1808 diiktiraf sebagai masjid tertua di Pulau Pinang oleh Arkib Negara.

Mengikut sejarah masjid berkenaan dibina Tunku Sayyid Hussain Al-Aidid iaitu pedagang rempah keturunan Arab yang juga kerabat diraja Acheh.

Tunku Sayyid Hussain, berhijrah ke Pulau Pinang pada pada 1791 dan membuka masjid berkenaan bagi kemudahan penduduk setempat.

Selain pusat perdagangan masjid berkenaan juga menjadi tumpuan jemaah haji apabila Pulau Pinang menjadi tempat jemaah berlepas menggunakan kapal sejak abad ke-19.

Sewaktu musim haji, kawasan ini sibuk dengan aktiviti ibadat, pembelajaran agama dapm kalangan jemaah sementara menunggu berangkat ke tanah suci.

Peranan sebagai tempat berlepas jemaah haji berakhir apabila perkhidmatan kapal laut digantikan dengan kapal terbang pada 1976.

Solat Isyak berjemaah diakhiri dengan penyampaian sumbangan diikuti majlis makan malam di masjid yang dibangunkan dengan seni bina Islam terawal dibina pada abad ke-19 di negeri berkenaan.

Terdahulu, Sulaiman bersama Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow telah mengadakan pertemuan dalam kunjungan hormat diadakan di Hotel Royal Chulan.

Sejurus pertemuan diadakan, kedua pemimpin itu telah menjayakan perasmian Seminar Semarak Pelancongan Sesi Padanan Niaga Revitalise dan Rejuvenate Melaka 2022 di hotel sama.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1407
Kongsi :
Previous post Era baharu hubungan Melaka – Pulau Pinang
Next post Bunuh dan bakar wanita: Reman empat lelaki disambung dua hari
Ubah saiz-+=