
Sulaiman serah bantuan rumah baharu kepada mangsa kebakaran
MASJID TANAH 14 Ogos – Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali menyerahkan rumah baharu buat keluarga Norisah Tahir, 80, yang kehilangan rumah dalam kebakaran April lalu.
Penyerahan replika kunci di bawah Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Pembinaan Rumah Baharu Lembaga Perumahan Melaka (LPM) itu dilakukan di kediaman warga emas terbabit di Kampung Durian Daun, di sini hari ini.
Menurut Sulaiman, keluarga terbabit menerima rumah percuma dua bilik berjumlah RM40,000 hasil sumbangan agensi terbabit dengan kerjasama beberapa kontraktor terlibat.
“Alhamdulillah akhirnya rumah ini mengambil beberapa bulan untuk disiapkan dan selamat diduduki buat keluarga ini dan kerajaan negeri begitu berbangga dengan pendekatan diambil LPM bagi memastikan ia akan siap dibina
“Kerajaan negeri komited bagi membantu keluarga yang terjejas akibat bencana, malah tahun ini peruntukan sebanyak RM400,000 akan disalurkan untuk bantuan ini,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KBS LUPUS 30 GELANGGANG FUTSAL TERBIAR, KERUGIAN CECAH RM12 JUTA
MELAKA, 26 April - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah melupus dan merobohkan 30 gelanggang sukan yang tidak diselenggara dengan...
NYAMUK BERWOLBACHIA KURANGKAN 70 PERATUS KES DENGGI DI MELAKA
TELOK MAS 26 April - Projek pelepasan nyamuk Aedes berWolbachia di empat lokaliti di Negeri Melaka berjaya menurunkan 70 peratus...
LEBIH 15,000 MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI UTEM
DURIAN TUNGGAL 26 April - Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) berlangsung 23 April lalu meriah...
PEMANDU 4X4 REMPUH MOTOSIKAL SUDAH DITAHAN POLIS
KESIDANG 26 April - Pemandu kenderaan pacuan empat roda (4x4) yang dipercayai terbabit dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Lebuh...
RAYA MERIAH DI SUNGAI UDANG
SUNGAI UDANG April 26 - Kemunculan penyanyi tersohor tanah air Datuk Hattan dan Black Hanifah memeriahkan sambutan Majlis Rumah Terbuka...
ISTERI MAUT, SUAMI PARAH DIREMPUH 4X4 DARI BELAKANG
KESIDANG 26 April - Hajat sepasang suami isteri untuk keluar makan malam bersama tidak kesampaian apabila motosikal dinaiki mereka dirempuh...