
Sulaiman rasmikan Pejabat Operasi Masjid Tanah
MASJID TANAH 2 April – Bangunan Pejabat Operasi Masjid Tanah dirasmikan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md. Ali, di sini sebentar tadi.
Pejabat yang menempatkan beberapa agensi kerajaan negeri di Bangunan Tabung Haji bakal menawarkan pelbagai perkhidmatan kerajaan buat penduduk di kawasan terbabit.
Terdahulu beliau tiba 9.55 pagi dan disambut barisan tetamu kehormat yang hadir bagi menyaksikan detik bersejarah itu.
Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Seri Ab Rauf Yusoh serta Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Dr. Hasim Hasan.
Perasmian bangunan tiga tingkat sedia ada itu bakal dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk perkhidmatan kaunter dari beberapa agensi termasuk Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah (Cawangan Masjid Tanah).
Berita lanjut menyusul
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
2,000 TETAMU MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DUN BUKIT KATIL
BUKIT KATIL 11 April - Kira-kira 2,000 tetamu yang juga penduduk sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil, hadir memeriahkan...
BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM
DURIAN TUNGGAL 11 April - Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian...
BAYI LELAKI LIMA BULAN MENINGGAL DUNIA DI BAWAH JAGAAN PENGASUH
ISKANDAR PUTERI 10 April - Polis Johor mengesahkan menerima laporan polis mengenai kejadian seorang bayi lelaki berusia lima bulan disahkan...
POLIS JOHOR TERIMA LAPORAN KES GADUH DI LALUAN MASUK BSI
JOHOR BAHRU 10 April - Polis Johor mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian pergaduhan antara dua lelaki, seperti yang tular dalam...
RUMAH TERBUKA AIDILFITRI RAIKAN SAUDARA BAHARU
AYER KEROH 10 April - Penganjuran Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Mualaf Negeri Melaka dijadualkan pada 19 April depan bakal menghimpunkan...
EJEN HARTANAH MENINGGAL DUNIA DALAM SUV
AYER KEROH 10 April - Seorang ejen hartanah ditemukan meninggal dunia dalam kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Proton X70 miliknya...