Sulaiman rai masyarakat India sempena Deepavali

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

LENDU 15 Oktober – Sambutan Deepavali pada 24 Oktober ini lebih bermakna bagi 135 keluarga kurang berkemampuan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu selepas menerima sumbangan disampaikan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.

Sulaiman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lendu berkata, penyampaian sumbangan itu adalah acara tahunan yang bertujuan untuk meraikan dan meringankan beban penerima kurang berkemampuan yang menyambut Deepavali.

“Bagi pihak Kerajaan Negeri dan saya sendiri sebagai Adun Lendu, saya mengucapkan selamat menyambut Deepavali kepada semua masyarakat India.

“Deepavali adalah pesta cahaya yang menyingkirkan kegelapan, jadi cahaya seperti ini perlu ada dalam diri setiap orang tanpa mengira bangsa barulah ada keharmonian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Sumbangan Deepavali Peringkat DUN Lendu 2022 di Dewan Kompleks Japerun Lendu, di sini, hari ini.

Hadir sama isteri beliau Datin Seri Utama Munira M. Yusop, Exco Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan negeri, Datuk Kalsom Noordin, Ketua Bahagian MIC Masjid Tanah N Kamala Nathan dan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka, Burhanuddin Bachik.

Sulaiman bersama Munira, turut meluangkan masa beramah mesra dengan penerima sumbangan dalam kalangan golongan kurang berkemampuan dan penghidap masalah kesihatan seperti angin ahmar.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1365
Kongsi :
Previous post Keputusan SPM ulangan dikeluarkan Khamis depan
Next post JBPM pantau 4,872 ‘hotspot’ banjir seluruh negara
Ubah saiz-+=