Sulaiman pengerusikan Mesyuarat Majlis Air Negeri Melaka 2

Masa Membaca:36 Saat

Liana Sahabudin

SERI NEGERI 8 Feb – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali mempengerusikan Mesyuarat Majlis Air Negeri Melaka 2 (MANM 2) bagi membincangkan segala kemudahan yang memberi manfaat kepada rakyat di negeri ini.

Perbincangan berlangsung di Bilik Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) itu turut dihadiri oleh beberapa ahli kenamaan.

“Semoga setiap perbincangan dan keputusan yang dibuat pada hari ini akan memberi manfaat kepada negeri dan rakyat Negeri Melaka. InsyaAllah,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook rasminya hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Zaidi Johari; EXCO Kerja Raya, Pengangkutan, Kemudahan Awam, Infrastruktur dan Pengurusan Banjir negeri, Datuk Rahmad Mariman serta Ketua-ketua Jabatan di Peringkat Negeri Melaka.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

771
Kongsi :
Previous post Bayi baharu lahir maut dengan kesan cedera di dada
Next post Harimau Malaya mengaum di udara
Ubah saiz-+=