
Sulaiman minta calon baharu BN bekerja lebih kuat
KUALA LUMPUR 6 Nov – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali meminta kesemua 86 peratus muka baharu yang dicalonkan Barisan Nasional (BN) bekerja lebih kuat untuk menarik sokongan pengundi.
Katanya, kesemua calon-calon ini perlu sentiasa turun ke bawah bagi memenangi hati rakyat dan seterusnya diberikan mandat untuk membentuk kerajaan baharu di Melaka selepas ini.
“Difahamkan 86 peratus calon-calon yang ditampilkan kali ini terdiri daripada muka-muka baharu. Jadi saya mohon kepada semua calon baharu untuk bekerja lebih kuat.
“Kita ada agenda dan banyak perkara mesti dilakukan, selain berdepan tugas mencabar untuk membentuk kerajaan.
“Jadi, saya harap semua calon-calon ini dapat turun ke bawah dan memaklumkan kepada pengundi bahawa mereka akan bekerja dengan baik,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pengumuman Calon BN di Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini, hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
BAYI LELAKI LIMA BULAN MENINGGAL DUNIA DI BAWAH JAGAAN PENGASUH
ISKANDAR PUTERI 10 April - Polis Johor mengesahkan menerima laporan polis mengenai kejadian seorang bayi lelaki berusia lima bulan disahkan...
POLIS JOHOR TERIMA LAPORAN KES GADUH DI LALUAN MASUK BSI
JOHOR BAHRU 10 April - Polis Johor mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian pergaduhan antara dua lelaki, seperti yang tular dalam...
RUMAH TERBUKA AIDILFITRI RAIKAN SAUDARA BAHARU
AYER KEROH 10 April - Penganjuran Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Mualaf Negeri Melaka dijadualkan pada 19 April depan bakal menghimpunkan...
EJEN HARTANAH MENINGGAL DUNIA DALAM SUV
AYER KEROH 10 April - Seorang ejen hartanah ditemukan meninggal dunia dalam kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Proton X70 miliknya...
KES BULI MRSM: POLIS SELESAI REKOD KETERANGAN TUJUH PELAJAR
NIBONG TEBAL 10 April - Polis merekodkan keterangan dua lagi pelajar sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di sini, bagi...
DUA MAUT, SEORANG PARAH DALAM KEMALANGAN EMPAT KENDERAAN DI KUCHING
KUCHING 10 April - Dua lelaki maut manakala seorang remaja perempuan parah dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Tun...