Sorting by

×

Sulaiman lega, nasib Syed Sidiq sekeluarga terbela

Masa Membaca:1 Minit, 35 Saat

AYER KEROH 4 Julai – Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali mengambil inisiatif ‘turun padang’ untuk meninjau sendiri keadaan lima sekeluarga selepas dipindahkan dari bilik sempit ke Rumah Pangsa Kampung Padang, Pokok Mangga, dekat sini.

Menerusi hantaran di Facebook rasminya, beliau turut berkongsi gambarnya menziarahi serta menyampaikan sumbangan barangan kepada keluarga Syed Sidiq Shahabudin Syed Abdul Aziz, 42, di kediaman transit itu.

SULAIMAN menyampaikan sumbangan kepada sumbangan barangan kepada keluarga Syed Sidiq Shahabudin.

“Hari ini saya berpeluang untuk melihat sendiri nasib satu keluarga lima beranak yang sebelum ini terpaksa tinggal menyewa dalam sebuah bilik yang sempit di Jalan Munsyi Abdullah sejak tiga tahun lalu.

“Saya berpuas hati apabila Lembaga Perumahan Melaka (LPM) dapat mencari kediaman baharu buat Syed Sidiq, isterinya, Erala Ismail serta tiga anak mereka berusia antara 10 hingga 16 tahun.

“LPM juga difahamkan akan menampung bayaran sewa rumah transit itu sementara menunggu rumah baharu keluarga itu siap dibaik pulih tiga minggu lagi,” katanya.

Sulaiman berkata, beliau juga sudah meminta Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) untuk menyalurkan segala bentuk bantuan asnaf yang bersesuaian buat keluarga terbabit.

“Saya juga sudah meminta MAIM untuk menyalurkan segala bentuk bantuan termasuk bantuan bulanan, bantuan makanan, kelengkapan persekolahan dan lain-lain peruntukan yang bersesuaian.

“Pemberian sebuah motosikal kepada Syed Sidiq juga diharapkan dapat memudahkan keluarga ini menjalani kehidupan seharian,” katanya.

SULAIMAN dan Syed Sidiq mengaminkan doa.

Dalam pada itu, beliau memberikan penghargaan kepada semua pihak yang prihatin dalam membantu golongan yang terkesan di negeri ini.

“Terima kasih kepada badan bukan kerajaan dan rakyat Melaka sendiri yang terus prihatin dalam menyalurkan maklumat dan bantuan kepada golongan yang terkesan khususnya dalam tempoh cukup sukar sekarang ini,” katanya.

BERITA BERKAITAN: KM bantu lima beranak sebilik diami rumah sementara

Nasib lima beranak sebilik dapat perhatian MAIM

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

508
Kongsi :
Previous post Dua wanita dikejarkan ke Hospital Kulai, tangki bahan kimia pecah
Next post Ikhlas AirAsia sasar kumpul RM1 juta, bantu komuniti terjejas
Ubah saiz-+=