
Sulaiman lawat DUN Lendu
LENDU 13 Mac – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali hari ini telah turun padang mengadakan lawatan ke kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu, memulakan sesi lawatan dengan solat Subuh berjemaah di Masjid Saidina Umar Al Khattab, dekat sini, yang turut disertai kariah setempat.

Selepas itu, Sulaiman meneruskan sesi lawatan ke beberapa kediaman penduduk dan turut berkesempatan menyampaikan bantuan kit makanan kepada golongan memerlukan.

Beliau turut melawat beberapa premis termasuk pasar basah Erul Farm di Pekan Lendu, Sekolah Tahfiz Baitussiddiq, selain dijadualkan merasmikan program sumbangan 30 buah kerusi roda dari Persatuan Kebajikan Bahagia.
Berita penuh menyusul
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PENSYARAH UITM MAUT MOTOSIKAL REMPUH LORI
JASIN 11 Mac - Pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Jasin maut selepas motosikal ditungang terbabit kemalangan dengan sebuah lori...
MPAG EDAR LEBIH 800 BUNGKUS BUBUR LAMBUK
ALOR GAJAH 11 Mac - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) mengagihkan lebih 800 bungkus bubur lambuk kepada orang ramai dan...
KPDN LANCAR OPS CAMPUR, 300 KAMPIT BERAS DIRAMPAS
PUTRAJAYA 11 Mac - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melancarkan Ops Campur bermula semalam, bagi tindakan...
NELAYAN TERJATUH DI PERAIRAN PULAU TIKUS DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA
GEORGE TOWN 11 Mac - Seorang nelayan tempatan yang dipercayai terjatuh ke dalam laut di perairan berdekatan Pulau Tikus, di...
JUAL KOLEKSI BARANG ANTIK DEMI KELANGSUNGAN HIDUP
DUYONG 11 Mac - Meskipun berat, Mohamad Nasirudin Md Zen, 39, terpaksa akur dan sedia untuk menjual sebahagian koleksi barangan...
PERZIM SASAR 650,000 PELAWAT TAHUN INI
AYER KEROH 11 Mac - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menetapkan sasaran seramai 650,000 orang pelawat singgah ke muzium-muzium seliaannya sepanjang...