
Sulaiman kongsi perkembangan pentadbiran negeri
AYER KEROH 30 Jun – Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md. Ali mengadakan pertemuan bersama Yang di-Pertua negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam di Pejabat TYT, di sini, pagi tadi.
Sulaiman berkata, dalam pertemuan itu beliau berkongsikan beberapa perkembangan terkini dan situasi semasa di Melaka.

“Pertemuan mingguan ini memberi peluang kepada saya mewakili kerajaan negeri bagi berkongsikan perkembangan terbaharu dalam pentadbiran negeri.
“Saya juga turut berkongsikan mengenai Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di Melaka serta perancangan bagi pembukaan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Industri, PPV Pandu Lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) dan PPV Integrasi bagi memfokuskan sektor industri serta menambah kapasiti PPV sedia ada,” katanya menerusi catatan di Facebook rasminya hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.