
Sulaiman harap bakal KM baharu Sabah dari GRS laksana tugas lebih cemerlang
AYER KEROH 27 Sept. – Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali menzahirkan rasa sukacita di atas kejayaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang disertai Barisan Nasional, Perikatan Nasional dan Parti Bersatu Sabah menawan semula negeri Sabah dalam pilihanraya Negeri (PRN), hari ini.
Menurutnya, kejayaan itu menjadi bukti bahawa rakyat sudah memilih parti yang dikehendaki untuk memimpin negeri berkenaan ke arah kegemilangan.
Justeru, beliau meminta sesiapa sahaja yang bakal dilantik menjadi Ketua Menteri untuk melakukan tugas yang lebih baik berbanding kepimpinan terdahulu.
“Syukur Alhamdulillah. Saya harap sesiapa sahaja yang menjadi Ketua Menteri dapat lakukan yang terbaik. Kalau dulu sudah baik, kita mesti lakukan yang lebih baik daripada itu,” katanya ketika ditemui selepas program Melaka Berselawat di Seri Bendahara, di sini, malam tadi.
Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan GRS menang 38 kerusi daripada 73 yang dipertandingkan, sekali gus berjaya membentuk kerajaan baharu di Sabah.
GRS menewaskan Warisan Plus yang dibarisi Parti Warisan Sabah (WARISAN), Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) yang memperoleh 32 kerusi manakala baki tiga lagi kerusi dimenangi Bebas.
Views:
Related

Berita Lain
KES BUNUH WANITA DAN ANAK SAUDARA, POLIS RAKAM KETERANGAN LIMA SAKSI
KUALA LUMPUR 27 April - Lima saksi termasuk jiran serta ahli keluarga seorang wanita dan anak saudaranya yang ditemukan mati...
BERAYA DI DUYONG JADI TRADISI RAKYAT SETIAP TAHUN
DUYONG 27 April - Jamuan Raya Tak Rileks@DUYONGKita membuktikan bahawa penganjuran itu bukan sekadar majlis untuk bersama-sama meraikan Aidilfitri bukan,...
BUKTIKAN ANDA JUGA BOLEH BERJAYA – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 27 April - Percaya kepada diri sendiri, bersemangat untuk terus belajar, menerima nasihat dan sentiasa berusaha memperbaiki diri...
MELAKA KOMITED MENCORAK PEMIMPIN MUDA BERWIBAWA
TANJUNG BIDARA 27 April - Melahirkan lebih ramai pemimpin muda berwibawa dan kaya dengan pelbagai idea segar yang mampu memberikan...
‘BUKAN RAYA BIASA’
DUYONG 27 April - Jamuan Raya Tak Rileks@DUYONGKita membuktikan bahawa suasana Hari Raya Aidilfitri bukan sekadar satu acara biasa, tetapi...
LALUAN SEHALA DI PEKAN DURIAN TUNGGAL
DURIAN TUNGGAL 27 April - Pekan Durian Tunggal akan menjadi laluan sehala dalam usaha mengatasi masalah kesesakan trafik yang sudah...