Sorting by

×

Sulaiman, EXCO dan ADUN BN Melaka berkampung di Johor sertai bengkel kepimpinan

Masa Membaca:1 Minit, 13 Saat

JOHOR BHARU 14 Dis – Penganjuran ‘Bengkel Intelektualiti dan Personaliti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)’ memberi pendedahan terbaik kepada kepemimpinan negeri.

Menerusi catatan Facebook rasmi miliknya, Sulaiman berkata, penganjuran program seumpama itu mampu menjadi platform terbaik kepada kepimpinan negeri terutama ADUN yang baharu dilantik untuk memikul tanggungjawab dengan berkesan.

Katanya, menerusi bengkel itu kepimpinan kerajaan negeri turut diberi pendedahan mengenai dasar inisiatif utama kerajaan dalam pembangunan negara serta perundangan negeri.

ANTARA barisan EXCO yang menyertai Bengkel Intelektualiti dan Personaliti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Johor

“Saya yakin dan percaya, penganjuran bengkel ini adalah pendedahan terbaik kepkepada kepemimpinan negeri khususnya ADUN-ADUN yang baharu dilantik berhubung peranan dan tanggungjawab mereka sebagai Ahli-ahli Yang Berhormat.

“Dalam sesi yang saya hadiri sebentar tadi, Yang Berhormat Dato’ Ts. Kamel (Setiausaha Kerajaan Negeri) mengupas tajuk ‘Dasar-Dasar Inisiatif Utama Kerajaan Dalam Proses Perancangan dan Pembangunan Negara’.

“Pada sesi awal pagi pula, YB Datuk Abd Aziz Engan (selaku) Penasihat Undang-Undang Negeri Melaka turut berkongsi tajuk ‘Pengenalan Kepada Perlembagaan Negeri Melaka, Sistem Demokrasi Berparlimen dan Pembahagian Kuasa’ dan Tatacara Dewan Undangan Negeri Melaka,” katanya.

Hadir sama Exco Kanan Pelaburan, Perindustrian, dan Pembangunan Usahawan Negeri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan ahli MMKN serta ADUN BN Negeri Melaka.

SULAIMAN (dua dari kanan) bersama barisan EXCO dan ADUN BN Melaka

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

517
Kongsi :
Previous post Kes Najib babit dana 1MDB ditangguh, perbicaraan secara hibrid tidak dibenarkan
Next post SOP perayaan Krismas dan Thaipusam masih diperhalusi – Hishammuddin
Ubah saiz-+=