
Sulaiman dilantik Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO
AYER KEROH 18 Jun – Ketua Menteri Datuk Haji Sulaiman Md Ali dilantik sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi (AMKT) UMNO, kelmarin
Majlis angkat sumpah dengan disaksikan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalannya Datuk Seri Utama Mohamad Hassan berlangsung di Ibu Pejabat parti itu, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.
Sulaiman menzahirkan rasa kesyukuran apabila beliau diberi kepercayaan untuk memikul tanggungjawab itu.
“Syukur Alhamdulillah, genap 100 hari saya memikul amanah dan tanggungjawab sebagai Ketua Menteri Melaka, malam ini saya dilantik sebagai AMKT,” katanya di halaman Facebook beliau.
Pada Selasa, genap 100 hari Sulaiman dilantik menjadi Ketua Menteri Melaka dan dalam tempoh tersebut telah melaksanakan 25 inisiatif buat rakyat negeri ini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA BAKAL TUAN RUMAH GLOBAL ESKOOTR CHAMPIONSHIP 2025
AYER KEROH 6 Mac - Melaka akan menjadi tuan rumah bagi perlumbaan mikromobiliti (skuter elektrik) bersempena Global ESkootr Championship (eSC)...
34 KAWASAN DINAIKI AIR, TIGA PPS DIBUKA DI MELAKA
MELAKA 6 Mac - Hujan lebat sejak 11 malam tadi mengakibatkan beberapa kawasan di dua daerah di Melaka iaitu Melaka...
MPHTJ LANTIK 42 WARDEN TRAFIK
AYER KEROH 6 Mac - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) melantik seramai 42 warden trafik bagi memperketat penguatkuasaan peraturan...
‘SYURGA’ KUIH RAYA RM10 DI KAMPUNG GANGSA
DURIAN TUNGGAL 6 Mac - Memulakan langkah dengan niat membantu golongan asnaf menjana pendapatan mendorong ibu kepada tiga anak membuka...
BANJIR: PPS SMK DANG ANUM, JASIN DIBUKA
AYER KEROH 6 Mac - Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dang Anum, Jasin, susulan...
HUJAN BERTERUSAN, BEBERAPA KAWASAN DINAIKI AIR
AYER KEROH 5 Mac - Hujan lebat berterusan sejak 6 pagi tadi menyebabkan beberapa lokasi dan laluan sekitar Bandaraya Melaka...