
Sulaiman arah siasat dakwaan ketirisan di Jonker Walk
SERI NEGERI 26 Julai – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali mengarahkan siasatan dilakukan berhubung dakwaan berlaku ketirisan membabitkan pengurusan di Jonker Walk.
Sulaiman berkata demikian ketika bangkit mencelah pada sesi soalan tambahan Low Chee Leong (DAP-Kota Laksamana) kepada Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri Datuk Muhammad Jailani Khamis.
Chee Leong sebelum itu mendakwa pengurusan di Jonker Walk mengaut keuntungan RM30,000 sebulan, namun tidak melakukan sebarang tindakan bagi mencegah kebakaran yang kerap berlaku di kawasan itu.
Justeru, Sulaiman mengarahkan MBMB memanggil pihak yang berkaitan bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Laksamana bagi melihat sama ada benar berlaku ketirisan atau sebaliknya.
“Jadi, di dalam dewan ini saya arahkan MBMB berjumpa Kota Laksamana dan pihak Jonker Walk duduk bersama dan open book concept,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KAMPUNG FELDA TUN GHAFFAR AIR KANGKONG TERIMA ENAM PROJEK PEMBANGUNAN KOMUNITI
JASIN 15 Disember - Pemilihan Kampung Felda Tun Ghaffar Air Kangkong sebagai Kampung Angkat MADANI Tahun 2025 memfokuskan enam skop...
MPHTJ KELUAR LEBIH 3,000 KOMPAUN PELBAGAI KESALAHAN
BUKIT KATIL 15 Disember - Sebanyak 3,058 kompaun dikeluarkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bagi tempoh Januari hingga 5...
‘MUSEUM FUN WALK’ PUPUK AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
BANDA HILIR 15 Disember – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menganjurkan 'Museum Fun Walk' khusus untuk kakitangannya bagi memupuk kesedaran terhadap...
PERMAINAN DAM AJI SEMAKIN POPULAR, DIMINATI RAMAI
AYER KEROH 15 Disember - Sejak permainan sukan rakyat ini diangkat, dam aji kini mencipta populariti luar biasa apabila bilangan...
DAM AJI MEDIUM PERPADUAN RAKYAT
AYER KEROH 15 Disember - Pertandingan Dam Aji Piala YAB Ketua Menteri Melaka 2025 bukan sekadar medan persaingan, sebaliknya turut...
MELAKA PENERAJU PELANCONGAN PINTAR
TELOK MAS 15 Disember - Melaka bakal menjadi peneraju pelancongan pintar menerusi pengenalan Smart AI Tourism Negeri Melaka. Exco Pelancongan,...
