
Sulaiman adakan lawatan kerja ke SAMB

KOTA LAKSAMANA 24 Julai – Ketua Menteri Datuk Haji Sulaiman Md Ali, hari ini mengadakan lawatan ke Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB), di Wisma Air, Jalan Hang Tuah, di sini.
Dalam lawatan itu, beliau berpeluang mencuba kemudahan perkhidmatan pembayaran bil air di kiosk SAMB yang disifatkannya mudah dan pantas untuk rakyat negeri ini.
Menurutnya, bayaran bil air melalui kiosk itu sudah dimulakan pada Mac 2018 dan sehingga kini terdapat 17 lokasi kiosk berkenaan termasuk di Wisma Air, Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Jalan Hang Tuah , Masjid Tanah, Alor Gajah, Jasin, Merlimau, Bukit Sebukor, Kampung Gelam dan Sungai Rambai.
Dalam lawatan itu, beliau turut mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Pengarah SAMB serta melawat SAMB Intelligence Operation Centre (SIOC) yang menempatkan bilik kawalan berpusat SAMB, info maklumat pemantauan kolam dan empangan serta pengurusan aduan awam.
Hadir sama, Timbalan Pengerusi SAMB, Datuk Zaidi Attan dan Ketua Pegawai Eksekutif SAMB, Abd Rashid Ab Rahman.
Views:
Related

Berita Lain
KAMPUNG FELDA TUN GHAFFAR AIR KANGKONG TERIMA ENAM PROJEK PEMBANGUNAN KOMUNITI
JASIN 15 Disember - Pemilihan Kampung Felda Tun Ghaffar Air Kangkong sebagai Kampung Angkat MADANI Tahun 2025 memfokuskan enam skop...
MPHTJ KELUAR LEBIH 3,000 KOMPAUN PELBAGAI KESALAHAN
BUKIT KATIL 15 Disember - Sebanyak 3,058 kompaun dikeluarkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bagi tempoh Januari hingga 5...
‘MUSEUM FUN WALK’ PUPUK AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
BANDA HILIR 15 Disember – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menganjurkan 'Museum Fun Walk' khusus untuk kakitangannya bagi memupuk kesedaran terhadap...
PERMAINAN DAM AJI SEMAKIN POPULAR, DIMINATI RAMAI
AYER KEROH 15 Disember - Sejak permainan sukan rakyat ini diangkat, dam aji kini mencipta populariti luar biasa apabila bilangan...
DAM AJI MEDIUM PERPADUAN RAKYAT
AYER KEROH 15 Disember - Pertandingan Dam Aji Piala YAB Ketua Menteri Melaka 2025 bukan sekadar medan persaingan, sebaliknya turut...
MELAKA PENERAJU PELANCONGAN PINTAR
TELOK MAS 15 Disember - Melaka bakal menjadi peneraju pelancongan pintar menerusi pengenalan Smart AI Tourism Negeri Melaka. Exco Pelancongan,...

