
Sulaiman adakan lawatan di DUN serkam
SERKAM 27 Sept. – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali turun padang bagi mengadakan lawatan ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam, hari ini.
Ketibaan beliau di Warung Pak Man, Tedong Barat kira-kira jam 7.30 pagi itu disambut meriah penduduk kampung.
Sulaiman turut meluangkan masa bersarapan bersama penduduk kampung selain bertanya khabar penduduk di kawasan itu.
Sejurus mengadakan lawatan di Kampung Tedong, Sulaiman merasmikan Pos Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) di Serkam Pantai.
Kemudian disusuli lawatan ke Pusat Tahfiz Ribat Syeikh Ismail Al-Jailani, sebelum berangkat pulang.
Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serkam, Datuk Zaidi Attan; ADUN Rim, Datuk Wira Ghazale Muhammad serta wakil agensi dan jabatan kerajaan negeri.
Terdahulu Sulaiman menunaikan solat Subuh di Masjid Jamek Ar-Rahman, Pulai.
Views:
Related
Berita Lain
MAIM PERKENAL SKIM BANTUAN SIMPANAN PELAJARAN ANAK ASNAF
TELOK MAS 15 Disember - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) memperkenalkan satu lagi skim bantuan baharu dalam membantu pendidikan anak-anak...
MINAT MAIN DAM BAWA TUAH, AHCHAI RANGKUL KEMENANGAN BERGANDA
AYER KEROH 15 Disember - Bermula dengan minat bermain dam aji dan menjadikannya sebagai hobi, tuah berganda menyelebahi Ng Hock...
KAMPUNG FELDA TUN GHAFFAR AIR KANGKONG TERIMA ENAM PROJEK PEMBANGUNAN KOMUNITI
JASIN 15 Disember - Pemilihan Kampung Felda Tun Ghaffar Air Kangkong sebagai Kampung Angkat MADANI Tahun 2025 memfokuskan enam skop...
MPHTJ KELUAR LEBIH 3,000 KOMPAUN PELBAGAI KESALAHAN
BUKIT KATIL 15 Disember - Sebanyak 3,058 kompaun dikeluarkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bagi tempoh Januari hingga 5...
‘MUSEUM FUN WALK’ PUPUK AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
BANDA HILIR 15 Disember – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menganjurkan 'Museum Fun Walk' khusus untuk kakitangannya bagi memupuk kesedaran terhadap...
PERMAINAN DAM AJI SEMAKIN POPULAR, DIMINATI RAMAI
AYER KEROH 15 Disember - Sejak permainan sukan rakyat ini diangkat, dam aji kini mencipta populariti luar biasa apabila bilangan...


