
Suku kedua 2022: Kelahiran hidup meningkat 0.2 peratus
PUTRAJAYA, 8 September – Jumlah kelahiran hidup pada suku kedua tahun 2022 meningkat 0.2 peratus iaitu daripada 110,657 kelahiran pada suku kedua 2021 kepada 110,858 kelahiran pada 2022, menurut stastistik demografik terkini Jabatan Satistik Malaysia (DOSM).
DOSM dalam satu kenyataan memaklumkan, suku kedua 2022 merekodkan seramai 56,801 kelahiran bayi lelaki dicatatkan manakala 54,057 bayi wanita.
Menurut kenyataan itu Selangor mencatatkan kelahiran hidup paling ramai dengan 22,017 kelahiran atau 19.9 peratus, manakala Labuan mencatatkan kelahiran terendah dengan 413 kelahiran.
Kenyataan DOSM menyebut sejumlah 46,772 kematian dicatatkan pada suku kedua 2022, menurun 6.9 peratus berbanding suku kedua 2022 (50,130 kematian).
“Sejumlah 655 kematian berkaitan dengan COVID-19, yang menyumbang 1.4 peratus dari jumlah keseluruhan kematian pada suku kedua 2022,” menurut kenyataan itu.
Kenyataan DOSM itu menyebut populasi Malaysia dianggarkan seramai 32.7 juta pada suku kedua 2022 yang merupakan peningkatan 0.2 peratus, berbanding 32.6 juta pada suku kedua 2021.
Tiga negeri dengan populasi tertinggi ialah Selangor iaitu 21.6 peratus, diikuti Johor 12.3 peratus dan Sabah 10.4 peratus.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KAMPUNG FELDA TUN GHAFFAR AIR KANGKONG TERIMA ENAM PROJEK PEMBANGUNAN KOMUNITI
JASIN 15 Disember - Pemilihan Kampung Felda Tun Ghaffar Air Kangkong sebagai Kampung Angkat MADANI Tahun 2025 memfokuskan enam skop...
MPHTJ KELUAR LEBIH 3,000 KOMPAUN PELBAGAI KESALAHAN
BUKIT KATIL 15 Disember - Sebanyak 3,058 kompaun dikeluarkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bagi tempoh Januari hingga 5...
‘MUSEUM FUN WALK’ PUPUK AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
BANDA HILIR 15 Disember – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menganjurkan 'Museum Fun Walk' khusus untuk kakitangannya bagi memupuk kesedaran terhadap...
PERMAINAN DAM AJI SEMAKIN POPULAR, DIMINATI RAMAI
AYER KEROH 15 Disember - Sejak permainan sukan rakyat ini diangkat, dam aji kini mencipta populariti luar biasa apabila bilangan...
DAM AJI MEDIUM PERPADUAN RAKYAT
AYER KEROH 15 Disember - Pertandingan Dam Aji Piala YAB Ketua Menteri Melaka 2025 bukan sekadar medan persaingan, sebaliknya turut...
MELAKA PENERAJU PELANCONGAN PINTAR
TELOK MAS 15 Disember - Melaka bakal menjadi peneraju pelancongan pintar menerusi pengenalan Smart AI Tourism Negeri Melaka. Exco Pelancongan,...
