
SUKMA XXI: Bola sepak Melaka cipta kejutan, hampiri emas
AYER KEROH 22 Ogos – Melaka menghampiri kilauan pingat emas dalam acara bola sepak lelaki selepas mencipta kejutan mara ke final dengan menundukkan Terengganu dalam aksi separuh akhir, sebentar tadi.
Pada aksi di Stadium Mukah, Melaka berjaya mendahului pada minit ke 71 menerusi jaringan Afiq Norizan, sebelum Terengganu yang merupakan pemenang pingat emas edisi lalu menyamakan kedudukan pada minit ke-86.
Aksi bersambung di masa tambahan, namun kedua-dua pasukan buntu mencari gol penyamaan memaksa perlawanan diheret ke penentuan sepakan penalti.
Penjaga gol Melaka muncul antara wira pasukan selepas berjaya menyelamatkan dua sepakan penalti pemain lawan, sekali gus menyaksikan Melaka menang dengan keputusan 4-3.
Pada aksi final, anak buah Md Noor Derus bakal bertemu Wilayah Persekutuan yang berjaya menewaskan Kelantan 4-2, juga menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat seri tanpa jaringan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...
TAMBAH BOT PERANTARA, LANCARKAN KEMASUKAN PELANCONG MELALUI KOMPLEKS ICQS
AYER LIMAU 19 April - Jumlah ‘middle boat’ atau bot perantara bagi membawa penumpang kapal persiaran berlabuh di perairan Selat...
PERZIM LESTARIKAN BUSANA TRADISIONAL KLASIK
BANDAR HILIR 19 April - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) memperkenalkan busana tradisional terbaharu sebagai inisiatif memartabatkan semula seni, budaya dan...
‘POGHUT’ AYER LIMAU BERAYA SAKAN
AYER LIMAU 19 April - Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau berlangsung dengan penuh kemeriahan apabila...
MERIAHNYA RAYA DI MACHAP JAYA
MACHAP JAYA 19 April - Kira-kira 2,500 tetamu hadir memeriahkan sambutan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap...