
SUKMA Sarawak XXI : Regu sepak takraw Melaka mara ke separuh akhir
AYER KEROH 22 Ogos – Pasukan Sepak takraw Melaka mara ke separuh akhir acara regu selepas menewaskan Terengganu pada gelanggang Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak XXI.
Melaka berjaya menjinakkan pasukan Terengganu selepas mengharungi persaingan sengit tiga set dalam perlawanan yang berlangsung jam 3 petang tadi.
Pengurus Pasukan Sepak Takraw SUKMA Melaka, Datuk Mustafa Musa berkata momentum kecemerlangan dan persefahaman dipamerkan pemain pada peringkat suku akhir diharap dapat dikekalkan pada saingan menentang Selangor esok.
Jelasnya, perlawanan terbabit adalah pusingan kalah singkir separuh akhir dan akan berlangsung jam 9 malam di Stadium Muhibbah, Bintulu, Sarawak.
“Saya meletakkan keyakinan tinggi bahawa pemain regu Melaka mampu mara ke pusingan akhir sekiranya momentum kecemerlangan dikekalkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Mustafa turut menzahirkan harapan agar persaingan menentang Selangor akan memberikan tuah kepada pasukan Melaka.
“Semoga saingan separuh akhir kalah singkir membawa pingat emas kepada Melaka dalam misi memburu pingat di SUKMA Sarawak XXI,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...
TAMBAH BOT PERANTARA, LANCARKAN KEMASUKAN PELANCONG MELALUI KOMPLEKS ICQS
AYER LIMAU 19 April - Jumlah ‘middle boat’ atau bot perantara bagi membawa penumpang kapal persiaran berlabuh di perairan Selat...
PERZIM LESTARIKAN BUSANA TRADISIONAL KLASIK
BANDAR HILIR 19 April - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) memperkenalkan busana tradisional terbaharu sebagai inisiatif memartabatkan semula seni, budaya dan...
‘POGHUT’ AYER LIMAU BERAYA SAKAN
AYER LIMAU 19 April - Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau berlangsung dengan penuh kemeriahan apabila...
MERIAHNYA RAYA DI MACHAP JAYA
MACHAP JAYA 19 April - Kira-kira 2,500 tetamu hadir memeriahkan sambutan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap...