Sorting by

×

SUKMA: Ragbi Melaka senarai 12 pemain terbaik

Masa Membaca:55 Saat

AYER KEROH 31 Julai – Persatuan Ragbi Negeri Melaka (Melaka Rugby) mengenal pasti dan menyenaraikan 12 pemain terbaik bagi mewakili Melaka ke temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI, Sarawak 2024, Ogos ini.

Presidennya, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer berkata, pemilihan itu dibuat selepas pihaknya melihat potensi dan pencapaian pemain yang sudah dilatih sejak 2022 lagi.

“Secara umumnya kita kenal pasti kira-kira 60 pemain yang mempunyai potensi mewakili Melaka namun daripada jumlah itu hanya 12 sahaja yang disenarai pendek, sekali gus akan berentap di gelanggang SUKMA XXI Sarawak.

“Untuk persiapan baik daripada segi pemain dan teknikalnya kita sudah bermula sejak dua tahun lalu. Boleh dikatakan pemain kini semua dalam keadaan bersiap sedia sepenuhnya,” katanya.

Menurut Hameed juga, dengan prestasi ditunjukkan pemain, persatuan optimis pasukan ini dapat berada di kelompok empat pasukan terbaik pada temasya itu nanti.

“Kita turut menyasarkan sekurang-kurangnya pasukan ragbi ini dapat menghadiahkan pingat meskipun tidak meletakkan warna pingat.

“Kebanyakkan pemain yang mewakili Melaka kali ini pernah beraksi pada edisi SUKMA sebelum ini selain ketika rata-rata mereka berumur 19 tahun,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

460
Kongsi :
Previous post Sate motosikal warisan arwah ayah
Next post Rasuah projek hampir RM110 juta: Individu bergelar Datuk antara tiga ditahan
Ubah saiz-+=