Sorting by

×

SUKMA 2024: Skuad memanah fokus peroleh pingat

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

AYER KEROH 16 Ogos – Walaupun pulang dengan perasaan hampa pada edisi Sukan Malaysia (SUKMA) yang lepas, skuad memanah Melaka optimis untuk peroleh pingat dalam SUKMA 2024.

Jurulatih skuad memanah Melaka, Zainuddin Talib berkata, dia optimis kemampuan anak buahnya untuk cipta kejutan dalam SUKMA kali ini.

Ini berikutan prestasi anak buahnya kian meningkat sejak menjalani latihan pusat bermula 5 Ogos lepas.

“Dalam pemerhatian saya, prestasi mereka catat peningkatan dan saya percaya mereka mampu peroleh pingat dalam SUKMA kali ini.

“Sejak jalani latihan pusat sejak 5 Ogos lepas, setiap mereka telah berikan komitmen serta fokus yang penuh,” katanya.

Whatsapp Image 2024 08 15 At 4.09.13 Pm
SKUAD mamanah Melaka menjalani sesi latihan bagi menghadapi SUKMA 2024 di Sarawak.

Zainuddin berkata demikian kepada Melaka Hari Ini (MHI) ketika ditemui di Lapang Sasar Memanah Ayer Keroh, hari ini.

Ketika ditanya mengenai profil atlet skuad memanah Melaka untuk SUKMA 2024, jelasnya, rata-rata umur mereka sekitar 16 hingga 21 tahun.

“Setiap mereka adalah anak jati Melaka, dan paling muda adalah berumur 16 tahun.

“Pemilihan atlet memanah SUKMA 2024 dibuat pada bulan Mei lepas dan melalui beberapa tapisan seperti aksi di sirkit kebangsaan bagi meneliti aksi semasa untuk melayakkan mereka ke SUKMA 2024,” katanya.

Untuk skuad memanah, Melaka telah menghantar 12 atlet serta dua staf jurulatih dan akan beraksi dalam dua kategori iaitu ‘Recurde’ dan ‘Compound’.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

216
Kongsi :
Previous post Piala Rujirawongse medan perkukuh hubungan dua negara
Next post Hadiah untuk pemegang Mykad ’04’ dan ’30’
Ubah saiz-+=