Sukarelawan Skuad Musa’adah Keluarga Malaysia edar bantuan mangsa banjir
PUTRAJAYA, 4 Mac – Kira-kira 40 sukarelawan Skuad Musa’adah Keluarga Malaysia akan mengedar barangan keperluan asas serta sumbangan wang tunai menerusi peruntukan khas RM3.77 juta kepada lebih 20,000 mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu.
“Kita harap bantuan ini dapat kurangkan beban yang ditanggung mereka yang sedang menghadapi ujian dari Allah,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas majlis pelepasan Bantuan Banjir Skuad Musa’adah Keluarga Malaysia, di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), ke Pantai Timur di sini hari ini.
Katanya skuad berkenaan akan bergerak ke Kemaman dan Hulu Terengganu di Terengganu sebelum meneruskan misi ke kawasan lain yang terjejas akibat banjir.
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) pagi ini di Terengganu ialah seramai 2,846 mangsa berbanding 5,128 mangsa semalam, manakala Kelantan 4,715 mangsa berbanding 4,809 mangsa semalam.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
TEKNOLOGI DRON REVOLUSI SEKTOR PERTANIAN, JIMATKAN MASA
MERLIMAU 23 Januari - Pelbagai teknologi terkini termasuk dron akan dimanfaatkan sepenuhnya bagi membantu pesawah di Melaka meningkatkan lagi hasil...
JEJANTAS TUN TEJA JADI ‘LUBUK’ REZEKI
BANDARAYA MELAKA 23 Januari - Jejantas Melaka Sentral yang berwajah baharu dan kini dikenali sebagai Jejantas Tun Teja telah membawa...
TIADA KOMPROMI, PPSPM TOLAK RASUAH
BANDARAYA MELAKA 23 Januari - Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) terus komited menzahirkan komitmen terhadap tanggungjawab dalam menolak...
PROJEK ‘MISSION IMPOSSIBLE’ KERAJAAN MELAKA BUKTIKAN KEJAYAAN
MERLIMAU 23 Januari - Kerajaan Negeri memberi jaminan pesawah di negeri ini akan ditawarkan dengan pembelian harga benih padi jauh...
NIKMATI KEINDAHAN SENJA DARI ATAS MENARA TAMING SARI
BANDA HILIR 22 Januari - Menara Taming Sari menawarkan pakej menarik kepada pengunjung yang mahukan kelainan dengan menikmati panorama matahari...
MAIM ANJUR ‘FREE MARKET’ DI MERLIMAU, ESOK
AYER KEROH 22 Januari - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) akan menganjurkan program Free Market di perkarangan Pejabat FAMA, daerah...