
Sukarelawan KKBBM serah set PPE kepada petugas Hospital Melaka
AYER KEROH 9 Nov. – Pasukan Sukarelawan Kolej Komuniti Bukit Beruang Melaka (KKBBM) menyerahkan 485 set pakaian ‘Personal Protective Equipment’ (PPE) kepada Hospital Melaka, baru-baru ini.
Pengarah KKBBM, Jamalluddin Mohd Ali berkata, ia penyerahan kali kedua kepada Hospital Melaka selepas penyerahan pertama bulan Mei lalu.
“Sebanyak 2,000 meter material ‘woven’ yang disumbangkan Hospital Melaka dijahit sukarelawan KKBBM bersama komuniti setempat bagi membantu petugas barisan hadapan.
“Diharap usaha ini dapat membantu petugas barisan hadapan di Hospital Melaka menjalankan tugas sepanjang pandemik COVID-19,” katanya selepas majlis penyerahan tersebut.
Pada majlis itu sebanyak 485 set PPE diserahkan kepada Ketua Unit Perhubungan Awam Hospital Melaka, Haizuhailie Baharuddin.
Hadir sama, Ketua Sukarelawan KKBBM, Iskandar Mohd Yatim dan wakil sukarelawan komuniti setempat, Zakri Zainudin.
Views:
Related

Berita Lain
30 MENARA TELEKOMUNIKASI BAHARU SIAP TAHUN INI
RIM 18 April - Kerajaan Negeri menerusi Melaka ICT Holding Sdn. Bhd. (MICTH) menyasarkan akan membina 30 menara telekomunikasi baharu...
MELAKA CADANG PERKENAL SUKAN GOLF DI SEKOLAH-SEKOLAH
AYER KEROH 18 April - Sukan golf akan diperkenalkan di beberapa buah sekolah sekitar Melaka sebagai sukan kokurikulum elit bagi...
MPJ KOMPAUN LORI SAWIT GUNA JALAN TAMAN TANPA KEBENARAN
JASIN 18 April - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) mengenakan kompaun kepada pemilik lori sawit yang menggunakan laluan taman perumahan. Setiausaha...
RUNGKAI ISI TERSIRAT ‘BIJAK LAKSANA TUAH, BERANI LAKSANA JEBAT’
SERI NEGERI 18 April - Slogan Bijak Laksana Tuah, Berani Laksana Jebat bukan sekadar kata-kata tetapi cerminan jiwa orang Melaka,...
MAPEX 2025 TAWAR RUMAH SERENDAH RM99,000 UNTUK ORANG MELAKA
AYER KEROH 17 April - Pelbagai jenis rumah dan hartanah pada harga serendah RM99,000 ditawarkan di Ekspo Perumahan dan Hartanah...
ZOO MELAKA SAMBUT KELAHIRAN HARIMAU KUMBANG JANTAN
AYER KEROH 17 April - Zoo Melaka menerima kehadiran 'ahli baharu' selepas seekor harimau kumbang jantan selamat dilahirkan, baru-baru ini....