
SUKARELAWAN GENG 04 ATAU 30
SERI NEGERI 27 Disember – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh mempelawa semua rakyat Melaka menyertai sukarelawan Geng 04 atau 30.
Ab Rauf Yusoh berkata, penubuhan sukarelawan Geng 04 atau 30 itu juga secara tidak langsung menjadi bukti Melaka sebagai sebuah negeri yang kaya dengan kepelbagaian kaum berpegang teguh kepada semangat perpaduan menjadi teras keharmonian masyarakat.
“Kerajaan Negeri akan melaksanakan pelbagai program untuk memperkukuh perpaduan.
“Sebagai penghargaan kepada mereka yang mendaftar menjadi sukarelawan, kita akan menghadiahkan kemeja-T eksklusif percuma mulai tahun 2025 yang akan diselaraskan oleh setiap Japerun,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam Ucapan Bajet 2025 Negeri Melaka sempena Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Kelima Belas di Seri Negeri di sini, hari ini.
Ab Rauf berkata di bawah program perpaduan itu sejumlah RM300,000 turut diperuntukan bagi mewujudkan Program Komuniti Perpaduan Melaka.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
RAPATKAN JURANG DIGITAL PENDUDUK KAMPUNG
RIM 20 April - Pembinaan menara telekomunikasi baharu sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim akan merapatkan lagi jurang digital dan...
MPHTJ GEMPUR PENIAGA WARGA ASING
AYER KEROH 20 April - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya akan terus mempergiatkan operasi bagi membanteras peniaga warga asing yang...
LUAR BIASA MERIAH, LEBIH 50,000 BERAYA DENGAN KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Meriah dan luar biasa! Itu gambaran suasana Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka...
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA MALAM INI?
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza dikatakan menjadi antara tetamu jemputan yang bakal...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...