Sorting by

×

Sukarelawan berdepan cabaran, terpaksa pujuk mangsa banjir berpindah

Masa Membaca:1 Minit, 32 Saat

AYER LIMAU 12 Ogos – Selain terpaksa berhati-hati ketika mengendalikan bot penyelamat kerana arus deras, terpaksa memujuk mangsa untuk berpindah ke pusat penempatan sementara (PPS) antara cabaran dihadapai sukarelawan yang terbabit dalam operasi banjir melanda sekitar Alor Gajah.

Pengerusi Persatuan Sukarelawan Bencana Melaka, Ashwad Abd Rahim berkata, meskipun kediaman mereka sudah dinaiki air dan dianggap tidak selamat untuk didiami masih ada dalam kalangan mangsa banjir enggan berpindah ke PPS.

Ashwad berkata, pihaknya terpaksa bertegas dalam hal itu dan mengikut laporan sukarelawan ada sesi memujuk mangsa berpindah ke PPS memakan mangsa hingga 30 minit.

“Meskipun tahu ancaman banjir ada mangsa yang memilih untuk tinggal di rumah lebih lagi apabila mangsa adalah warga emas atau mereka sudah berusia. Meskipun tegas sukarelawan tetap menjaga adab kerana niat kami adalah untuk membantu.

“Sukarelawan bersama-sama agensi terlibat seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) mula membantu memindahkan mangsa pada jam 4.50 petang semalam dengan 400 individu terjejas banjir dipindahkan ke PPS,” katanya ketika ditemui semalam.

Whatsapp Image 2024 08 12 At 2.21.39 Pm
ASHWAD.

Mengulas lanjut, Ashwad berkata, arus air yang amat deras beberapa lokasi menjadi antara faktor membantutkan usaha memindahkan mangsa dan ada misi terpaksa ditangguh atas sebab keselamatan.

Menurutnya, misi menyelamat turut membabitkan haiwan peliharaan termasuk kucing yang terdedah kepada bahaya jika dibiarkan di kediaman terjejas banjir.

“Bot digunakan sukarelawan pada kebiasaan menggunakan enjin 15 kuasa kuda, jadi kemampuan agak terbatas jika melalui lokasi air deras.

“Pada kebiasaan setiap kali misi kami akan bina pos kawalan untuk selaraskan pergerakan, namun di Masjid Tanah paras air naik dengan pantas hingga tidak sempat untuk wujudkan pos kawalan.

“Jadi kami laksanakan misi berdasarkan arahan pihak berkuasa dan selepas selesai sesi menyelamat mangsa, kami tunggu di PPS dan memastikan tiada kawasan merah sebelum bersurai,” jelasnya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

240
Kongsi :
Previous post Pesakit buah pinggang terpaksa jalani dialisis dalam banjir
Next post Pelbagaikan aktiviti di masjid, surau – Rahmad
Ubah saiz-+=