Sorting by

×

Sukan wushu kembali meriah selepas empat tahun

Masa Membaca:1 Minit, 21 Saat

DUYONG 30 Jun – Seramai 500 murid dan pelajar berusia 8 hingga 18 tahun menyertai Kejohanan Wushu KPM-WFM ke-12, 2023 di Dewan Bola Keranjang Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Bukit Serindit bermula hari ini hingga Ahad.

Presiden Persekutuan Wushu Malaysia, Datuk Chong Kim Fatt berkata, kejohanan itu membabitkan 16 kontinjen daripada 13 buah negeri dan tiga wilayah.

Katanya, kejohanan itu merupakan acara kebangsaan yang pertama selepas empat tahun tiada acara besar selepas Pandemik COVID-19.

“Sebanyak 12 atlet akan dipilih daripada kejohanan ini untuk mewakili negara pada Kejohanan Wushu Remaja Asia 2023 di Hong Kong pada Ogos depan.

“Jadi pemilihan kali ini sangat penting untuk mencari bakat baharu yang mahu diketengahkan sebagai pelapis untuk pelbagai acara mewakili negara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian Pembukaan Kejohanan Wushu KPM-WFM ke-12, 2023 di Dewan Bola Keranjang Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Bukit Serindit di sini hari ini.

photo1688105673
enteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh (kanan) menerima selempang serta sijil penghargaan daripada Presiden Persekutuan Wushu Malaysia, Datuk Chong Kim Fatt (kiri) pada Majlis Perasmian Pembukaan Kejohanan Wushu KPM-WFM Ke-12 Tahun 2023 di Dewan Bola Keranjang MBMB, Bukit Serindit, Melaka. Foto: MR. AZLI

Majlis tersebut telah dirasmikan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.

Dalam pada itu, Kim Fatt berkata kontinjen negara akan menghantar lapan pasukan bagi kategori Taoulu pada Kejohanan Sukan Asia 2023 di HangZhou pada September ini.

“Malaysia tiada wakil bagi kategori Sanda, jadi kita hanya menghantar lapan penyertaan daripada 16 kategori pada sukan tersebut,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2278
Kongsi :
Previous post Anwar rela disiasat, jika didapati terlibat rasuah
Next post ‘Poghut’ kukuh ikatan keluarga Ayer Limau
Ubah saiz-+=