
‘Sudah pasti saya kecewa’ – Sulaiman
MASJID TANAH 4 Okt. – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali tidak menyembunyikan rasa kecewanya dengan apa yang berlaku dalam landskap politik Melaka, hari ini.
Katanya, dalam keadaan yang agak sukar sepanjang pandemik COVID-19 dan usaha kerajaan untuk memulihkan semula ekonomi, ia tiba-tiba sahaja diruntuhkan mereka yang tidak bertanggungjawab.
Menurutnya, sebelum ini beliau tidak pernah ada masalah dengan mana-mana pihak, termasuk empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang bertindak menarik semula sokongan.
“Selama ini hubungan saya dengan mereka begitu baik. Apa yang dipinta dan dipohon akan saya laksanakan sebaik mungkin.
“Jadi, kalau (mereka) kata kerajaan ini sebaliknya, saya pun tak tahu apa nak kata lagi,” katanya dalam sidang media bersama kepimpinan Umno di Kampung Pulau Masjid Tanah, sebentar tadi.
Katanya, dakwaan mengatakan wujud campur tangan luar dalam urusan pentadbiran kerajaan negeri adalah tidak berasas sama sekali.
“Segala keputusan yang dibuat kerajaan negeri adalah persetujuan bersama, tiada bantahan dan masing-masing beri komitmen sepanjang mesyuarat Exco dilaksanakan,” katanya lagi.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MAIM ANJUR QIYAMUNNAHAR RAMADAN BERSAMA MUALAF
AYER KEROH 12 Mac - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menerusi Bahagian Balai Islam akan menganjurkan dua siri Program Qiyamunnahar...
KAUNTER ZAKAT FITRAH DALAM KOLEJ
JASIN 12 Mac - Kolej Komuniti Jasin (KKJS) mengambil langkah proaktif dengan menyediakan kaunter pungutan zakat fitrah di kolej berkenaan....
BOMBA MELAKA SASAR ‘RESPONSE TIME’ BAWAH 9 MINIT
JASIN 12 Mac - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Melaka komited meningkatkan mereka perkhidmatan terutamanya dalam memendekkan tempoh...
ASAM PEDAS TETEL PENGGANTI BUBUR LAMBUK
KLEBANG 12 Mac - Penduduk Kampung Balik Buloh, Klebang Besar memecahkan tradisi, apabila menjadikan asam pedas sebagai pengganti bubur lambuk...
TUJUH DEKAD PERZIM LESTARI WARISAN, PERKUKUH IDENTITI BANGSA
AYER KEROH 12 Mac - Selama tujuh dekad, Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) memainkan peranan besar sebagai sebuah institusi yang bukan...
AGIHAN 6,000 KUPON E-DOMPET DI PASAR RAMADAN TAMAN SERI DUYONG
AYER KEROH 12 Mac - Orang ramai berkunjung ke Pasar Ramadan Rahmah Taman Seri Duyong dari 11 hingga 15 Mac...