
Sudah lima hari, 28 mangsa banjir di Sungai Rambai masih di PPS
AYER KEROH 12 Mac – Walaupun sudah memasuki hari kelima selepas bencana banjir melanda di beberapa kawasan di daerah Jasin, seramai 28 penduduk masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS).
Hal itu dipercayai berikutan fenomena ‘banjir termenung’ yang melanda tiga kampung di Sungai Rambai.
Menurut Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka Leftenan Kolonel (PA) Cuthbert John Martin Quadra kesemua mangsa itu masih ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Penghulu yang mula dibuka pada 8 Mac lalu.
Bagaimanapun, beliau berkata, setakat jam 12 tengah hari jumlah mangsa mula menunjukkan penurunan selepas lima daripada 33 mangsa sebelum ini dibenar pulang ke rumah
“28 mangsa yang ditempatkan di PPS pada ketika ini melibatkan sebanyak enam buah keluarga.
“Antara kampung yang masih terkesan dengan banjir ialah Kampung Parit Penghulu, Kampung Lanchang dan Kampung Tersusun Rambai Jaya,” katanya dalam satu kenyataan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SAMB BERI KEBENARAN SEWA TANAH KEPADA MITCH BINA PENCAWANG, TIDAK GANGGU BEKALAN AIR
Seri Negeri 29 April - Kebenaran menyewa tanah milik Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) bagi pembinaan pencawang telekomunikasi oleh Melaka...
KUALA SUNGAI BARU KINI ANTARA LIMA PEKAN UTAMA DAERAH ALOR GAJAH
SERI NEGERI 29 April - Meskipun lokasinya berada di hujung Utama Melaka, Kuala Sungai Baru kini menjadi antara lima pekan...
TIADA KLUSTER ‘ILI’ DIREKODKAN DI MELAKA
SERI NEGERI 29 April - Tiada sebarang kluster berkaitan kes Penyakit Seperti Influenza (ILI) direkodkan di Negeri Melaka setakat ini....
TIADA PERTUKARAN, HANYA PERHALUSI PORTFOLIO EXCO – KM
SERI NEGERI 29 April - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh sedang memperhalusi portfolio-portfolio barisan Exco Kerajaan Negeri....
TUDUHAN DEMI TUDUHAN, JEMU DENGAN FITNAH POLITIK BERULANG – AB RAUF
SERI NEGERI 29 April - Audio mirip suara Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh yang tular disifatkan...
DUA SYARAT UNTUK PENTERNAK BABI PAYA MENGKUANG
SERI NEGERI 29 April - Penternak babi di Paya Mengkuang, Kuala Sungai Baru perlu mematuhi dua syarat ketat yang ditetapkan...