Sorting by

×

Suburkan hubungan diplomatik Malaysia-China

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

SERI NEGERI 16 April – Persatuan Persahabatan Rakyat China dengan Negara Luar (CPAFFC) mengadakan kunjung hormat terhadap Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia- China di Seri Negeri, hari ini.

Kunjung hormat itu diketuai Presiden CPAFFC, Yang Wanming bersama Timbalan Pengarah Jabatan Asia Timur CPAFFC, Zhang Xiaoping, Presiden Persatuan Persahabatan Malaysia-China (PPMC), Datuk Abdul Majid Ahmad Khan dan Timbalan Setiausaha PPMC, Ng Chin Long.

Dalam kunjungan itu, Ab Rauf dan Wanming berkongsi pandangan dan idea mengenai pembangunan projek-projek yang telah dilaksanakan di Negeri Melaka menerusi kerjasama yang terjalin sebelum ini.

Antara projek telah dibangunkan di negeri ini adalah Xinyi Energy Smart Sdn Bhd, Xinyi Solar Sdn Bhd, Boingtech Malaysia Sdn Bhd, ATX Semiconductor Sdn Bhd (dikenali sebagai UTAC Manufacturing), Edra Energy, Hirain, Xin Tong Lian Packing (Malaysia) Sdn Bhd, GrandInnosys (Malaysia) Sdn Bhd dan Everlasting Base Sdn Bhd.

Kerjasama kedua buah negara ini yang terjalin sejak 50 tahun lalu sudah tentu memberikan pulangan sektor pelaburan dan ekonomi di Negeri Melaka pada masa akan datang.

Hadir sama Penasihat Khas Pelaburan dan Hal Ehwal Negara China kepada Ketua Menteri Melaka, Datuk Lim Ban Hong; Ketua Pegawai Eksekutif Invest Melaka Berhad, Datuk Ginie Lim Siew Lin dan Ketua Perwakilan Invest Melaka Berhad ke Wilayah Jiangsu, Datuk Lim Sue Beng.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

281
Kongsi :
Previous post Suspek kes tembak di KLIA direman tujuh hari
Next post Paras air di Empangan Durian Tunggal naik hampir 10 peratus
Ubah saiz-+=