
Suasana sekolah terkawal
Melaka: Suasana di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina Malim, di sini, berada dalam keadaan terkawal selepas sebahagian bumbung bilik darjahnya diterbangkan ribut.
Kejadian yang dikatakan berlaku kira- kira jam 10 pagi itu mengakibatkan bumbung bilik darjah di satu blok sekolah itu musnah.
Difahamkan, ketika kejadian adalah waktu rehat dan murid berada didalam kelas.
Ketua Menteri Melaka Datuk Haji Sulaiman Md Ali turut turun padang melawat keadaan sekolah.
Turut sama melawat lokasi kejadian Timbalan Menteri Pendidikan I, Datuk Dr Mah Hang Soon.
Terdahulu, kenderaan pasukan keselamatan termasuk bomba dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Malaysia serta ambulans juga bertali arus sekitar kawasan Malim.
Malah, ibu bapa dan penjaga turut hadir bagi mengambil anak mereka.
Views:
Related


Berita Lain
BERGELUT BANTU POLIS TANGKAP PERAGUT, ENAM ‘RIDER’ TERIMA PENGHARGAAN
AYER KEROH 28 April - Enam penunggang p-hailing menerima surat penghargaan daripada Ketua Polis Melaka, atas jasa mereka membantu polis...
MARKAS ‘JOB SCAM’ DISERBU, LIMA LELAKI DITAHAN
AYER KEROH 28 April - Polis Melaka menyerbu sebuah unit kondominium di Ayer Keroh, di sini, kerana disyaki dijadikan markas...
LELAKI MAUT MOTOSIKAL REMPUH KERETA DI CHENG
PAYA RUMPUT 28 April - Penunggang motosikal meninggal dunia ketika sedang dirawat, hampir satu jam selepas terbabit kemalangan dengan sebuah...
WTD, WTC 2025: MELAKA PERKENAL PAKEJ KHAS PELANCONGAN
SERI NEGERI 28 April - Pakej khas pelancongan akan diperkenalkan Kerajaan Negeri pada sesi pra pelancaran Hari Pelancongan Sedunia (WTC)...
TAK SEMPAT TAMATKAN PERLUMBAAN DI LITAR, GURU DISAHKAN MAUT AKIBAT SERANGAN JANTUNG
DURIAN TUNGGAL 28 April - Seorang guru lelaki disahkan meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan, kira-kira lima jam selepas mengalami...
MELAKA SASAR JADI PUSAT RUJUKAN TVET NEGARA – AB RAUF
SERI NEGERI 28 April - Melaka menyusun strategi bagi mencapai hasrat menjadikan negeri ini sebagai Pusat Pendidikan dan Latihan Teknikal...