
Suasana hiba iringi pengekebumian dua sahabat lemas
KAMPUNG GELAM 19 Mei – Suasana hiba menyelubungi Tanah Perkuburan Islam Pusara Abadi Kampung Gelam di sini petang ini semasa pengebumian jenazah dua sahabat yang lemas dalam tragedi menyayat hati di tali air Kampung Gelam, Tanjung Kling lewat petang semalam.
Ia berikutan ahli keluarga tidak dapat dapat menahan sebak ketika menanti upacara pengebumian jenazah dua sahabat itu Muhammad Fakhrullah Rozami, 9, dan Badrol Azhan Niz Bachik, 9.
Terdahulu kedua-dua jenazah disembahyangkan di Masjid Kampung Gelam sebelum dibawa ke tanah perkuburan tersebut disemadikan.
Jenazah Fakhrullah tiba di tanah perkuburan pada jam 2.05 petang disusuli jenazah Badrol jam 3.55 petang dan ucapa pengebumian selesai jam 4.45 petang.
Kedua-dua mangsa ditemukan lemas selepas bermain di tali air di Kampung Gelam, Tanjung Kling di sini petang semalam.
Dalam kejadian itu, Fakhrullah ditemukan lemas oleh bapanya manakala mayat Badrol ditemui terapung oleh pasukan elit bomba iaitu Multi Skill Team (MUST) jam 9.35 pagi tadi selepas usaha mencari dan menyelamat dimulakan sejak petang semalam.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
92 MURID, PELAJAR BERENTAP PADA KEJOHANAN GOLF MSSNM
AYER KEROH 17 April - Seramai 92 peserta mewakili 41 buah sekolah rendah dan menengah berentap pada Kejohanan Golf Majlis...
HARGA TIKET ZOO MELAKA DITURUNKAN
AYER KEROH 17 April - Zoo Melaka menurunkan harga tiket ke taman haiwan itu sepanjang tahun ini. Yang Dipertua Majlis...
MENARA TAMING SARI KEKAL DINAMIK SELEPAS 17 TAHUN
BANDA HILIR 17 April - Selepas 17 tahun ditubuhkan reputasi Menara Taming Sari sebagai ikon pelancongan utama Melaka perlu dikekalkan...
TAMAN TEMA SALJI MERCU PELANCONGAN BAHARU MELAKA
AYER KEROH 17 April - Taman Tema Salji yang pertama di Malaysia kini beroperasi di Melaka, sekali gus menjadi satu...
TAHUN MELAWAT MELAKA 2.0 DILANCARKAN HUJUNG TAHUN INI
AYER KEROH 17 April - Kerajaan Negeri akan melancarkan Tahun Melawat Melaka (TMM) 2.0 pada 31 Disember depan, kata Ketua...
MAIM SEDIA SUMBANGAN UNTUK MUALAF MELAKA TUNAI HAJI
KESIDANG 17 April - Mualaf di Negeri Melaka yang terpilih menunaikan ibadah haji pada tahun ini dipelawa memohon Sumbangan Menunaikan...