Sorting by

×

Suami isteri melecur, gas memasak meletup

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

KOTA LAKSAMANA 14 Nov. – Suami isteri melecur selepas gas petroleum cecair (LPG) di rumahnya dipercayai meletup dalam kejadian petang semalam.

Kejadian dikatakan berlaku kira- kira jam 5 petang ketika pasangan suami isteri warga emas berkenaan baru tiba di rumahnya di Pangsapuri Kota Laksamana.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Penguasa Bomba Zulkhairani Ramli berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.01 petang sebelum 13 anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah bergegas ke lokasi kejadian.

Beliau berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa masing-masing berusia 57 tahun baru tiba di rumahnya.

KEADAAN mangsa susulan kejadian letupan gas LPG di rumahnya.

“Hasil daripada kenyataan mangsa sebaik tiba mereka masuk ke dalam rumah sebelum membuka suis lampu di dapur dan berlaku letupan.

“Selain melecur terkena letupan gas LPG kedua-dua mangsa juga cedera di beberapa bahagian badan termasuk tangan, kaki dan muka akibat daripada hentakan peralatan yang jatuh,” katanya.

KEADAAN mangsa susulan kejadian letupan gas LPG di rumahnya.

Beliau berkata, mangsa yang cedera kemudian dihantar ke Hospital Melaka oleh Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) untuk rawatan lanjut.”Mangsa wanita dirawat di Zon Merah manakala suaminya di Zon Kuning.

“Hasil siasatan kejadian dipercayai berlaku dari gas memasak yang ada kemungkinan menyebabkan letupan,” katanya.

Views:

504
Kongsi :
Previous post Deepavali paling suram
Next post Deepavali disambut secara sederhana
Ubah saiz-+=