
Suami isteri disyaki dera anak direman enam hari
Perintah reman terhadap wanita berusia 26 tahun dan suaminya, 30, yang bekerja sebagai buruh itu dikeluarkan oleh Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin di Mahkamah Majistret Kemaman hari ini.
Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Hanyan Ramlan ketika dihubungi berkata reman dimohon bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001.
Polis menahan kedua-duanya di kediaman mereka di Jalan Jabor Kubur dekat sini kira-kira 8 malam tadi kerana disyaki mendera dua anak mereka.
Tangkapan dibuat selepas pihak polis menerima laporan daripada saksi kejadian yang mendakwa mangsa disepak dan ditampar berkali-kali oleh suspek di hadapan rumah mereka.
Hasil pemeriksaan mendapati terdapat kesan kecederaan baharu dan lama pada kedua-dua mangsa yang kini diletakkan di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
SAMB BERI KEBENARAN SEWA TANAH KEPADA MITCH BINA PENCAWANG, TIDAK GANGGU BEKALAN AIR
Seri Negeri 29 April - Kebenaran menyewa tanah milik Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) bagi pembinaan pencawang telekomunikasi oleh Melaka...
KUALA SUNGAI BARU KINI ANTARA LIMA PEKAN UTAMA DAERAH ALOR GAJAH
SERI NEGERI 29 April - Meskipun lokasinya berada di hujung Utama Melaka, Kuala Sungai Baru kini menjadi antara lima pekan...
TIADA KLUSTER ‘ILI’ DIREKODKAN DI MELAKA
SERI NEGERI 29 April - Tiada sebarang kluster berkaitan kes Penyakit Seperti Influenza (ILI) direkodkan di Negeri Melaka setakat ini....
TIADA PERTUKARAN, HANYA PERHALUSI PORTFOLIO EXCO – KM
SERI NEGERI 29 April - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh sedang memperhalusi portfolio-portfolio barisan Exco Kerajaan Negeri....
TUDUHAN DEMI TUDUHAN, JEMU DENGAN FITNAH POLITIK BERULANG – AB RAUF
SERI NEGERI 29 April - Audio mirip suara Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh yang tular disifatkan...
DUA SYARAT UNTUK PENTERNAK BABI PAYA MENGKUANG
SERI NEGERI 29 April - Penternak babi di Paya Mengkuang, Kuala Sungai Baru perlu mematuhi dua syarat ketat yang ditetapkan...