
Suami isteri direman kes bunuh warga emas
Kedua-dua suspek berusia 34 tahun itu dibawa ke Mahkamah Majistret di sini, kira-kira 10.25 pagi tadi dan perintah tahanan reman dikeluarkan oleh Majistret Siti Nor Hasliza Md Ali.
Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Arau Superintendan Ahmad Mohsin Md Rodi dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Semalam, Bernama melaporkan seorang anak perempuan dipercayai membunuh ibunya berusia 74 tahun di rumah mereka pada 4.30 pagi.
Mangsa Rashidah Chong mengalami kesan lebam pada kedua-dua belah mata, dahi, telinga kanan, kepala, lidah serta patah tulang rusuk.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
LEBIH RM145,000 SINARI RAMADAN DUN TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 5 Mac - Sejumlah lebih RM145,000 disalurkan Kerajaan Negeri bagi menyampaikan sumbangan Ramadan di Dewan Undangan Negeri (DUN)...
PROMOSI KEUNIKAN MELAKA DI BERLIN
AYER KEROH 5 Mac - Penyertaan Melaka dalam Internationale Tourismus-Börse (ITB) Berlin 2025 iaitu pameran berkaitan pelancongan dan perdagangan terbesar...
HOLIDAY INN MELAKA SANTUNI 30 ANAK YATIM BERBUKA PUASA
BANDARAYA MELAKA 5 Mac - Seramai 30 anak yatim dari Rumah Anak Yatim Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah (RAYSAS), Pantai...
ANAK LAMBAT BERCAKAP, ADAKAH ITU AUTISME?
Oleh: DR. ADAM AL ANAS BIN MAT ALI Pakar Kanak-kanak Putra Specialist Hospital, Melaka DALAM dunia keibubapaan, perkembangan bahasa anak...
MELAKA PANTAU KEBERSIHAN PASAR RAMADAN
PENGKALAN BATU 5 Mac - Kesemua pasar Ramadan yang beroperasi di negeri ini akan dipantau secara berterusan oleh Jabatan Kesihatan...
MELAKA BENARKAN JUALAN BUNGA API, MERCUN 20 HARI SEBELUM RAYA
AYER KEROH 5 Mac - Polis Melaka membenarkan penjualan mercun dan bunga api secara terbuka bermula Selasa depan. Ketua Polis...