Sorting by

×

‘Street art’ port selfie Sungai Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

BANDARAYA MELAKA 1 Mac – Lukisan mural menghiasi dinding bangunan di tebingan Sungai Melaka di Kampung Hulu kini menjadi lokasi popular dalam kalangan pengunjung dan pelancong bagi aktiviti ‘Outfit of The Day’ (OOTD).

Pelbagai lukisan mural atau ‘street art’ dengan tema moden, hipster dan penuh warna-warni menghidupkan lagi sausana sekitar yang semenangnya terkenal sebagai tempat untuk bersiar-siar.

Pengunjung Norasilah Alias,34, berkata amat rugi jika dia bersama rakan-rakan tidak singgah ke kawasan itu untuk berswafoto sebagai kenangan berkunjung ke Negeri Melaka.

“Saya bersama kawan-kawan memilih untuk bercuti pada hari biasa, kerana waktu ini tidak ramai orang dan kami bebas untuk berswafoto berlatarbelakangkan lukisan mural yang cantik ini.

“Menariknya lukisan mural ini sebab ia ada pelbagai tema dan warna-warni, jadi sangat sesuai untuk kami jadikan ‘port’ berswafoto. Sambil berjalan dan berswafoto kami juga boleh singgah ke kafe-kafe hipster baharu sekitar Bandar Melaka ini,” katanya ketika ditemui Melaka Hari Ini (MHI).

Sementara itu Azizah Wahab, 48, berkata, berselfie adalah satu kemestian bagi dirinya setiap kali bercuti bersama rakan atau ahli keluarga.

“Saya memang gemar berjalan Banda Hilir hari biasa, sebab tak ramai orang dan kita berpeluang pergi banyak tempat menarik yang mana pada hujung minggu sangat padat dengan pengunjung.

“Jarak antara destinasi pelancongan di Melaka ini tidak jauh, jalan sekejap sahaja sudah sampai, kalau lapar atau dahaga banyak kedai menawarkan pelbagai hidangan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

792
Kongsi :
Previous post Tak perlu ragu aspek keselamatan Menara Taming Sari
Next post Pengalaman bungkus sendiri mi segera
Ubah saiz-+=