
Stor ekshibit IPD Sepang dipecah masuk
PUTRAJAYA, 30 Julai – Polis mengesahkan stor ekshibit Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang dekat sini dipecah masuk pada Jumaat lepas yang mengakibatkan sejumlah barang berkaitan kes narkotik dilaporkan hilang.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan yang mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Bernama hari ini berkata setakat ini belum ada sebarang penahanan terhadap individu berkaitan kes itu.
“Masih dalam siasatan pihak polis dan kita perlu mengesahkan banyak perkara terlebih dahulu,” katanya.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah masuk.
Terdahulu, tular satu laporan polis yang mendakwa stor ekshibit berkenaan mempunyai kesan geledah dan mengakibatkan barang kes yang sedang dalam tindakan pelupusan serta sebuah beg berisi komputer peribadi yang berfungsi untuk mengemas kini data barang kes turut hilang.
Laporan itu antara lain menyebut pemeriksaan turut mendapati kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi didapati dirosakkan dan tidak berfungsi.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KAMPUNG FELDA TUN GHAFFAR AIR KANGKONG TERIMA ENAM PROJEK PEMBANGUNAN KOMUNITI
JASIN 15 Disember - Pemilihan Kampung Felda Tun Ghaffar Air Kangkong sebagai Kampung Angkat MADANI Tahun 2025 memfokuskan enam skop...
MPHTJ KELUAR LEBIH 3,000 KOMPAUN PELBAGAI KESALAHAN
BUKIT KATIL 15 Disember - Sebanyak 3,058 kompaun dikeluarkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bagi tempoh Januari hingga 5...
‘MUSEUM FUN WALK’ PUPUK AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
BANDA HILIR 15 Disember – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menganjurkan 'Museum Fun Walk' khusus untuk kakitangannya bagi memupuk kesedaran terhadap...
PERMAINAN DAM AJI SEMAKIN POPULAR, DIMINATI RAMAI
AYER KEROH 15 Disember - Sejak permainan sukan rakyat ini diangkat, dam aji kini mencipta populariti luar biasa apabila bilangan...
DAM AJI MEDIUM PERPADUAN RAKYAT
AYER KEROH 15 Disember - Pertandingan Dam Aji Piala YAB Ketua Menteri Melaka 2025 bukan sekadar medan persaingan, sebaliknya turut...
MELAKA PENERAJU PELANCONGAN PINTAR
TELOK MAS 15 Disember - Melaka bakal menjadi peneraju pelancongan pintar menerusi pengenalan Smart AI Tourism Negeri Melaka. Exco Pelancongan,...
