‘Stairway To Heaven’ gamit pelancong ke Pengkalan Balak

Masa Membaca:1 Minit, 28 Saat

PENGKALAN BALAK 5 Februari – Inisiatif yang diambil dengan mendirikan dua binaan sebagai tarikan di Pantai Pengkalan Balak dan Sungai Tuang dilihat berupaya memacu kedatangan pelancong ke pantai peranginan terkenal itu.

Tinjauan Melaka Hari Ini, di pantai itu mendapati binaan ‘Stairway To Heaven’ dan buaian kayu di pesisir pantai kini menjadi tumpuan pengunjung untuk bergambar.

Pengunjung Zulaikha Ahmad Razali, 36, berkata, dengan adanya dua ikon baharu itu, ia akan membuatkan lebih ramai pelancong untuk berkunjung ke pantai tersebut.

“Saya memang kerap datang ke sini, yang mana kali terkahir hujung tahun lalu tetapi tidak pasti sama ada sudah dan atau belum, baru hari ini perasan.

“Itupun selepas nampak ramai orang, kami ingatkan apa jadi bila diamati ada tangga tinggi bewarna-warni. Memang menarik untuk bergambar,” katanya yang menetap di Lenggeng, Negeri Sembilan.

IMG_20230205_163237
BINAAN buaian kayu dan ‘Stairway To Heaven’ yang menggamit kehadiran pelancong.

Sementara itu, peniaga Norhayati Shahrun, 27, pula berkata, kedua-dua binaan itu sudah siap hujung tahun lalu dan kini menjadi tarikan kepada pelancong untuk bergambar.

“Selain datang untuk mandi-manda dan berkelah pengunjung boleh singgah untuk bergambar. Sekarang inikan trend bergambar jadi orang muda khususnya suka.

“Walaupun tidak banyak namun secara tidak langsung apabila ada yang berhenti bergambar, kami perniaga juga dapat tempias,” katanya.

Dia yang sudah berniaga di Pantai Pengkalan Balak sejak berbelas tahun turut berharap sebuah taman permainan kanak-kanak turut dibina di lokasi itu seperti di Klebang.

“Walaupun tidak besar tetapi saya harap akan ada satu taman permainan dapat dibuat di sini, kerana jika ada anak-anak yang tidak dapat mandi laut mereka boleh main di situ dan juga lebih senang untuk ibu bapa ke satu lokasi yang semua ada,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

4626
Kongsi :
Previous post Thaipusam di Melaka disambut meriah
Next post MAIM peruntuk RM13 juta bantu mualaf
Ubah saiz-+=