
SPRM tahan 10 individu termasuk lapan penguat kuasa JPJ di Kedah
ALOR SETAR 16 Mac. – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah menahan 10 individu termasuk lapan penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah membabitkan pengusaha dan pekerja syarikat pengangkutan.
Pengarah SPRM Kedah Datuk Shaharom Nizam Abd Manap berkata semua suspek yang berusia antara 29 hingga 63 tahun termasuk seorang wanita, ditahan di sekitar Alor Setar dan Kulim, antara 8.25 pagi hingga 7.45 malam, semalam.
Beliau berkata selain lapan penguat kuasa berkenaan dua yang ditahan adalah seorang pesara serta seorang orang awam.
Shaharom Nizam berkata mereka disyaki menerima dan memberi suapan daripada pengusaha dan pekerja syarikat pengangkutan sebagai balasan supaya tidak mengambil tindakan undang-undang ke atas lori milik syarikat berkenaan yang telah melakukan kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Operasi ini adalah hasil kerjasama dengan JPJ negeri Kedah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 16(a) dan 16(a)(B) Akta SPRM 2009, kata beliau dan menambah kenyataan penuh berhubung operasi akan dibuat SPRM Putrajaya dalam masa terdekat.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
POLIS SIASAT SURI RUMAH BUAT LAPORAN PALSU DISAMUN
JERTIH 22 April - Polis menyiasat seorang suri rumah yang membuat laporan palsu mendakwa dirinya disamun dua suspek bersenjatakan pisau...
POLIS TAHAN WANITA CURI BEG DALAM PEJABAT PASUKAN BOMBA SUKARELA
BUTTERWORTH 22 April - Polis menahan seorang wanita tempatan yang disyaki terlibat dalam kejadian curi beg sandang milik seorang lelaki...
JENAYAH INDEKS MELAKA MENURUN
AYER KEROH 22 April - Statistik jenayah indeks Negeri Melaka bagi tiga bulan pertama tahun ini menunjukkan penurunan sebanyak 4.85...
SPNB DIMINTA TERUSKAN PROJEK RMR 2.0
BANDARAYA MELAKA 22 April - Pelaksanaan projek Rumah Mesra Rakyat 2.0 (RMR 2.0) diharap dapat diteruskan semula susulan sambutan menggalakkan...
SPNB TERIMA LEBIH 7,000 PERMOHONAN BAHARU RMR SELURUH MELAKA
BANDARAYA MELAKA 22 April - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menerima sebanyak 7,336 permohonan baharu untuk pemilikan Rumah Mesra Rakyat...
SEMBILAN VESEL DIKESAN LANGGAR UNDANG-UNDANG PERIKANAN DI MELAKA
SERKAM 22 April - Jabatan Perikanan Negeri Melaka merekodkan sembilan tangkapan vesel melibatkan 36 individu atas pelbagai kesalahan mengikut Akta...