
SPRM: Suami isteri ditahan bantu siasatan bocor maklumat tender
PUTRAJAYA, 23 Mac – Seorang pegawai kanan sebuah agensi kerajaan berkaitan infrastruktur dan suaminya ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam bagi membantu siasatan kes pembocoran maklumat membabitkan tender agensi itu bernilai lebih RM1.2 juta.
Menurut sumber SPRM, wanita berkenaan yang terbabit dalam pemilihan kontrak agensi itu dipercayai membocorkan maklumat tender bernilai RM1.2 juta dengan balasan syarikat milik suaminya dilantik sebagai subkontraktor kepada sebuah lagi syarikat yang berjaya mendapat projek berkaitan sistem elektronik pada 2020.
Menurut sumber SPRM itu, suami isteri yang masing-masing berumur 44 tahun dan 42 tahun itu ditahan di ibu pejabat SPRM di sini petang semalam.
Pasangan itu kini ditahan reman sehingga 27 Mac ini setelah perintah reman terhadap mereka dikeluarkan Majistret Shah Wira Abdul Halim selepas mendengar permohonan SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini.
Sumber SPRM itu berkata pasangan suami isteri itu ditahan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
DUA BERADIK MAUT DIPERCAYAI LANGGAR LAMPU ISYARAT
JOHOR BAHRU 21 April - Dua beradik maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima...
MMC LANCAR ‘HEALTH & LEISURE CARD’ PERTAMA DI MALAYSIA
BANDAR HILIR 21 April - Bagi menarik lebih ramai pesakit domestik dan antarabangsa Mahkota Medical Centre (MMC) mengambil inisiatif melancarkan...
KEMPEN INTERNET SELAMAT DI SEKOLAH DIJANGKA BERMULA MEI INI
REMBIA 21 April - Jelajah Kempen Internet Selamat anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di Melaka bakal menjadi antara...
RUMAH TERBUKA AIDILFITRI SUNGAI RAMBAI, KEMBALIKAN NOSTALGIA BERAYA DI KAMPUNG
SUNGAI RAMBAI 21 April - Pemilihan rumah tradisional Melayu lama sebagai tapak penganjuran, menghidupkan kembali nostalgia menyambut hari raya di...
RV PARK TETC LENGKAP DENGAN KEMUDAHAN, ANTARA YANG TERBAIK DALAM NEGARA
RIM 21 April - Pelbagai kemudahan asas yang lengkap menjadikan Taman Kenderaan Rekreasi (RV Park) di Taman Extreme Tasik Chinchin...
LEBIH 5,000 PENGUNJUNG MERIAHKAN MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DUN REMBIA
REMBIA 20 April - Lebih 5,000 tetamu menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia di Kompleks Japerun...