
SPRM sahkan pegawainya ditahan polis bantu siasatan kes rompakan berkumpulan
PUTRAJAYA, 12 Dis – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengesahkan seorang pegawainya ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung satu kes rompakan secara berkumpulan di ibu negara, Jumaat lepas.
SPRM dalam satu kenyataan berkata pihaknya telah memberi kerjasama penuh kepada pihak polis untuk mengesan pegawai terbabit dan menyerahkannya kepada agensi penguat kuasa itu, petang semalam.
SPRM menegaskan bahawa pihaknya tidak berkompromi atau melindungi mana-mana pegawai yang terlibat dengan sebarang perlakuan jenayah.
“Tindakan tegas termasuk pertuduhan di mahkamah dan tindakan tatatertib dengan hukuman buang kerja akan dikenakan jika terlibat,” menurut kenyataan itu.
Semalam, sebuah portal berita melaporkan dua individu termasuk seorang pegawai sebuah agensi penguat kuasa ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam kes rompakan secara berkumpulan di sebuah rumah di Jalan Ampang, Kuala Lumpur, yang membabitkan kerugian hampir RM1 juta. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
ISTERI MAUT, SUAMI PARAH DIREMPUH 4X4 DARI BELAKANG
KESIDANG 26 April - Hajat sepasang suami isteri untuk keluar makan malam bersama tidak kesampaian apabila motosikal dinaiki mereka dirempuh...
MELAKA RAYU KPKT SEGERAKAN PEMBINAAN LOJI WTE
SUNGAI UDANG 26 April - Kerajaan Negeri meminta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyelesaikan segera sebarang pemasalahan di peringkat...
NGAUMAN ‘SINGA’ DI BUMI BERSEJARAH
KLEBANG 26 April - Seramai 1,500 delegasi rangkaian Lions Club di Malaysia, Singapura, Brunei Darussalam dan Filipina 'berkampung' di Melaka...
MERCEDES S400 TERBAKAR, PEMANDU SELAMAT
KOTA LAKSAMANA 26 April - Seorang pemandu Mercedes S400 berdepan detik cemas apabila kereta dipandunya terbakar di Jalan Limbongan berhampiran...
KKTM MASJID JADI RUJUKAN DALAM BIDANG TEKNOLOGI AUTOMOTIF
AYER LIMAU 26 April - Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Masjid Tanah menerima peralatan pengajaran dan pembelajaran disumbangkan sebuah syarikat...
SUSUN STRATEGI PASTIKAN MELAKA KEKAL DESTINASI PILIHAN PELANCONG
AYER KEROH 26 April - Kerajaan Negeri giat menyusun strategi dan melaksanakan inisiatif menarik bagi menggamit serta menggalakkan kunjungan lebih...